Langkau ke kandungan utama

Rawatan bagi keletihan dalam penyakit Parkinson

Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penghidap penyakit Parkinson mengadu tentang keletihan. Adalah tidak jelas apakah rawatan yang terbaik untuk mengurangkan keletihan di kalangan penghidap penyakit Parkinson.

Kami mengulas penerbitan perubatan setakat April 2015 dan dapati 11 kajian yang menyertakan sejumlah 1817 orang. Sembilan kajian menyelidik kesan ubat-ubatan (contohnya levodopa-carbidopa, memantine, rasagiline, kafein, metilfenidat, modafinil atau doxepin) terhadap keletihan. Dua kajian menyelidik kesan senaman terhadap keletihan. Kami mendapati tiada kajian yang menyelidik kesan terapi kognitif-tingkah laku.

Kami mendapati bahawa doxepin (satu kajian, 12 orang, bukti berkualiti rendah), sejenis ubat untuk merawat kemurungan, mungkin mengurangkan keletihan. Kami mendapati bahawa rasagiline (satu kajian, 1176 orang, bukti berkualiti tinggi), sejenis ubat anti-Parkinson, mengurangkan atau melambatkan perkembangan keletihan fizikal. Kebanyakan ubat-ubatan adalah selamat; namun levodopa-carbidopa (satu kajian, 361 orang, bukti berkualiti tinggi) mungkin mengakibatkan loya.

Kami dapati tiada bukti bahawa senaman (dua kajian, 57 orang, bukti berkualiti rendah) mengurangkan keletihan dalam penyakit Parkinson.

Berdasarkan bukti terkini, adalah tidak jelas apakah rawatan yang paling berkesan untuk merawat keletihan di kalangan penghidap penyakit Parkinson. Kajian pada masa depan patut menyelidik kesan terapi kognitif-tingkah laku terhadap keletihan di kalangan penghidap penyakit Parkinson.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Elbers RG, Verhoef J, van Wegen EEH, Berendse HW, Kwakkel G. Interventions for fatigue in Parkinson's disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 10. Art. No.: CD010925. DOI: 10.1002/14651858.CD010925.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan