Langkau ke kandungan utama

Ubatan untuk mencegah migrain vestibular

Soalan ulasan

Ubatan mana yang berkesan untuk mencegah migrain vestibular?

Latar belakang

Migrain vestibular adalah sejenis migrain di mana simptom utamanya berkaitan dengan pening dan sistem keseimbangan. Ia merupakan masalah biasa, yang dijumpai dalam 1% populasi umum dan mungkin lebih tinggi kerana ianya telah disalah diagnosakan. Tiada persetujuan berkenaan rawatan sedia ada dan yang mana satu yang terbaik untuk mencegah serangan migrain vestibular.

Ciri-ciri kajian

Kami menjumpai hanya satu kajian yang sedang berjalan atas topik ini. Kajian ini mengkaji beta-blocker (metoprolol) berbanding dengan plasebo (rawatan palsu).

Keputusan-keputusan utama

Kami tidak menemui kajian rawak terkawal yang lengkap yang memenuhi kriteria kemasukan. Keputusan kajian yang berjalan sedang dinantikan. Pengambilan pesakit terakhir dijangka berjalan sehingga hujung tahun 2016.

Bukti dalam ulasan ini adalah terkini sehingga Jun 2015.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Petikan
Maldonado Fernández M, Birdi JS, Irving GJ, Murdin L, Kivekäs I, Strupp M. Pharmacological agents for the prevention of vestibular migraine. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 6. Art. No.: CD010600. DOI: 10.1002/14651858.CD010600.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan