Langkau ke kandungan utama

Imbasan 11C-PIB-PET untuk ramalan awal perkembangan penyakit Alzheimer atau dementia lain dalam kalangan orang yang mempunyai kemerosotan kognitif ringan (MCI)

Bilangan orang yang mempunyai dementia dan masalah kognitif lain telah meningkat pada peringkat global. Diagnosis fasa pra dementia penyakit adalah dicadangkan tetapi tiada persetujuan mengenai pendekatan yang terbaik. Pelbagai ujian telah dibangunkan untuk diguna oleh profesional penjagaan kesihatan menilai orang yang mempunyai daya ingatan yang lemah atau kemerosotan kognitif. Berdasarkan data yang diterbitkan, kami mendapati bahawa imbasan 11C-PIB-PET sebagai ujian tunggal adalah tidak tepat untuk mengenalpasti pesakit yang mempunyai MCI yang akan menjadi dementia penyakit Alzheimer atau bentuk dementia yang lain.Hasil kajian menunjukkan bahawa bagi setiap 100 imbasan PIB, satu orang yang mempunyai imbasan negatif akan berkembang menjadi dementia penyakit Alzheimer dan 28 orang yang mendapat imbasan positif tidak akan mendapat dementia penyakit Alzheimer. Oleh itu, imbasan PIB yang positif untuk pesakit MCI tidak mempunyai nilai klinikal dalam ramalan awal pembentukan dementia penyakit Alzheimer .

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Petikan
Zhang S, Smailagic N, Hyde C, Noel-Storr AH, Takwoingi Y, McShane R, Feng J. 11C-PIB-PET for the early diagnosis of Alzheimer’s disease dementia and other dementias in people with mild cognitive impairment (MCI). Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 7. Art. No.: CD010386. DOI: 10.1002/14651858.CD010386.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan