Langkau ke kandungan utama

Konsep Lund bagi rawatan kecederaan otak

Latar belakang

Kecederaan otak adalah penyebab utama kematian dan hilang upaya kekal. Keterukan kecederaan tidak ditentukan ketika kecederaan berlaku; tetapi ia timbul pada waktu dan hari-hari yang berikutnya. Rawatan beberapa jam selepas kecederaan otak bertujuan mengekalkan aliran darah otak yang cukup dan mencegah pembengkakan otak. Konsep Lund berbeza berbanding strategi rawatan konvensional menekankan tekanan dalam saluran darah kecil di otak.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kesusateraan perubatan untuk mendapatkan kajian rawak terkawal (RCT) (kajian di mana peserta diperuntukkan secara rawak kepada sama ada kumpulan rawatan atau tanpa rawatan) yang membandingkan konsep Lund dengan rawatan lain. Kami sertakan orang dengan kecederaan otak traumatik yang parah, tanpa mengira jantina, umur atau kaum. Carian terkini ialah pada 5 November 2013.

Keputusan utama

Kami mendapati tiada kajian yang membandingkan konsep Lund dengan rawatan lain. Tiada bukti daripada RCT yang menunjukkan konsep Lund adalah rawatan yang lebih baik untuk kecederaan otak dan kajian lanjut diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Hanis Hamdan (Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Muzevic D, Splavski B. The Lund concept for severe traumatic brain injury. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 12. Art. No.: CD010193. DOI: 10.1002/14651858.CD010193.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan