Langkau ke kandungan utama

Garam sitrat untuk mencegah dan merawat batu karang buah pinggang yang mengandungi kalsium dalam kalangan orang dewasa

Batu karang buah pinggang adalah salah satu gangguan paling umum dalam saluran kencing. Ia biasanya menjejaskan individu berumur 40 hingga 60 tahun dan adalah dua kali lebih biasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita walaupun data terkini mencadangkan risiko tersebut semakin sama. Batu kalsium adalah jenis batu karang yang paling biasa dan terdapat dalam dua bentuk utama: kalsium oksalat dan kalsium fosfat. Batu karang buah pinggang boleh menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk dan mungkin memerlukan rawatan segera; ia adalah salah satu punca utama kemasukan tidak dirancang dalam amalan urologi.

Selepas rawatan walaupun untuk penghidap batu karang kali pertama terdapat risiko berulang yang meningkat dengan setiap batu yang berikutnya. Peningkatan risiko berulang batu karang ini kebanyakannya dikaitkan dengan perubahan dalam komposisi air kencing, iaitu tahap sitrat yang rendah. Pelbagai strategi pencegahan termasuk peningkatan pengambilan cecair dan suplemen sitrat oral telah dicuba untuk mengubah komposisi kimia air kencing. Terapi sitrat dipercayai dapat menghentikan pertumbuhan kristal menjadi batu. Ketidakpastian mengenai manfaat sebenar terapi sitrat mendorong ulasan ini.

Kami menyertakan tujuh kajian (477 peserta) dalam ulasan ini. Garam sitrat secara ketara mengurangkan saiz batu, mencegah pembentukan batu baru, dan mengakibatkan kestabilan saiz batu. Pesakit mengalami lebih banyak kesan sampingan, seperti gangguan gastrointestinal, semasa menggunakan garam sitrat berbanding dengan plasebo, namun keperluan untuk rawatan semula bagi mengeluarkan batu adalah jauh lebih rendah dengan terapi sitrat.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Keesha Ravintharan (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Phillips R, Hanchanale VS, Myatt A, Somani B, Nabi G, Biyani CS. Citrate salts for preventing and treating calcium containing kidney stones in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 10. Art. No.: CD010057. DOI: 10.1002/14651858.CD010057.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan