Langkau ke kandungan utama

Pemulihan vokasional untuk membantu pekerja kembali bekerja selepas mencederakan jari, tangan atau lengan mereka

Apakah tujuan ulasan ini?

Kami ingin mengetahui sama ada pemulihan vokasional boleh membantu pekerja kembali bekerja selepas mencederakan jari, tangan atau lengan mereka.

Mesej utama

Tiada bukti yang diberikan oleh kajian rawak terkawal (RCT) mengatakan jika pemulihan vokasional dapat membantu pekerja yang mengalami kecederaan anggota atas kembali bekerja. Kajian ini diperlukan, dan ia harus dijalankan dan dilaporkan mengikut piawaian yang dipersetujui untuk penyelidikan berkualiti tinggi. Mereka harus menerangkan kandungan pemulihan vokasional secara terperinci. Mereka juga harus melaporkan bilangan pekerja yang telah kembali bekerja pada penghujung susulan atau masa yang diambil untuk mereka kembali bekerja.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Pekerja yang mencederakan jari, tangan atau lengan mereka selalunya tidak dapat terus bekerja seperti biasa. Undang-undang di kebanyakan negara memaksa majikan membantu pekerja apabila kecederaan menjejaskan keupayaan kerja mereka. Bantuan ini sering dirujuk sebagai pemulihan vokasional. Pemulihan vokasional merujuk kepada cara untuk membantu pekerja kurang upaya kembali bekerja atau mencari pekerjaan baharu. Kembali ke tempat kerja boleh disokong dengan membantu pekerja yang cedera mengatasi dengan lebih baik, dengan pelarasan tempat kerja atau dengan latihan fizikal. Walaupun semua strategi ini diamalkan, masih tidak jelas pendekatan mana yang terbaik dan dalam keadaan mana. Ini adalah kemaskini bagi Ulasan Cochrane yang telah diterbitkan pada 2013.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami mengkaji penyelidikan yang diterbitkan sehingga 30 Jun 2017. Kami memasukkan hanya kajian yang membahagi peserta secara rawak untuk menerima sama ada pemulihan vokasional atau beberapa rawatan lain. Cara menjalankan penyelidikan ini, biasanya dikenali sebagai RCT, adalah cara terbaik untuk memastikan bahawa sebarang peningkatan yang diukur adalah benar-benar disebabkan oleh rawatan tersebut. Kami tidak menemui sebarang RCT yang telah mengkaji sama ada pemulihan vokasional boleh membantu pekerja yang mengalami kecederaan anggota atas kembali bekerja.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian sehingga 30 Ogos 2017.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Petikan
Hou W-H, Chi C-C, Lo H-L, Chou Y-Y, Kuo KN, Chuang H-Y. Vocational rehabilitation for enhancing return-to-work in workers with traumatic upper limb injuries. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 12. Art. No.: CD010002. DOI: 10.1002/14651858.CD010002.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan