Langkau ke kandungan utama

Kombinasi ubat untuk kesakitan neuropatik kronik dalam kalangan dewasa

Kesakitan neuropatik - disebabkan penyakit atau kerosakan saraf - sering dirawat dengan ubat sakit yang mempunyai kesan yang terhad dan/atau kesan-kesan sampingan berkaitan dos apabila diberikan secara bersendirian. Kombinasi lebih daripada satu ubat sering digunakan dengan matlamat untuk mencapai penghilang kesakitan yang lebih baik atau kesan sampingan yang lebih sedikit (jika kesan penghilang kesakitan dari kombinasi ubat adalah lebih bersifat tambahan daripada kesan sampingan), atau kedua-duanya. Walaupun terdapat bukti bahawa lebih daripada 45% individu yang menderita dengan kesakitan neuropatik mengambil dua atau lebih ubat untuk kesakitan mereka, kami telah menemui hanya 21 kajian berkualiti tinggi mengenai pelbagai kombinasi ubat sistemik dan topikal yang berbeza. Memandangkan terdapat pelbagai kemungkinan kombinasi ubat yang berbeza dan jumlah kajian yang kecil, keputusan untuk kesakitan neuropatik dari ulasan ini adalah tidak mencukupi untuk mencadangkan nilai bagi sebarang kombinasi ubat yang tertentu. Walau bagaimanapun, penerbitan beberapa kajian berkualiti tinggi mencadangkan kelebihan bagi beberapa kombinasi ubat, bersama dengan bukti bahawa kombinasi ubat tersebut digunakan secara meluas dalam amalan klinikal, menekankan kepentingan untuk menjalankan lebih banyak kajian kombinasi dengan kaedah yang ditambah baik.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Chaparro LE, Wiffen PJ, Moore RA, Gilron I. Combination pharmacotherapy for the treatment of neuropathic pain in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012, Issue 7. Art. No.: CD008943. DOI: 10.1002/14651858.CD008943.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan