Langkau ke kandungan utama

Tambahan eslicarbazepine acetate untuk epilepsi fokal tahan ubat

Soalan ulasan

Ulasan ini adalah kemaskini ulasan yang pertama kali diterbitkan pada 2011 dan dikemaskini pada 2017.

Kami mengulas bukti tentang keberkesanan dan kesan sampingan eslicarbazepine acetate apabila diguna sebagai rawatan tambahan untuk epilepsi fokal tahan ubat.

Latar belakang

Eslicarbazepine acetate adalah ubat antiepileptik yang boleh ditambah (dipanggil rawatan 'tambahan') untuk merawat orang yang mengambil ubat antiepileptik lain tetapi berterusan mendapat sawan (dipanggil epilepsi tahan ubat). Ulasan ini melihat bagaimana eslicarbazepin acetate berfungsi apabila diguna sebagai rawatan tambahan dan potensi kesan sampingannya.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga September 2020. Kami menyertakan lima kajian klinikal dengan 2185 peserta berusia dua hingga 77 tahun. Kajian-kajian yang disertakan adalah pelbagai tempoh rawatan antara 12 hingga 18 minggu. Kesemua tujuh kajian adalah kajian rawak terkawal, yang bermaksud orang dibahagi secara rawak kepada kumpulan dan dibandingkan.

Keputusan utama

Ulasan ini mendapati eslicarbazepine acetate berkesan apabila diguna bersama ubat-ubatan lain untuk mengurangkan bilangan sawan dalam kalangan dewasa dengan epilepsi fokal tahan ubat. Eslicarbazepine asetat juga berkesan mengurangkan kekerapan sawan dalam kalangan kanak-kanak dengan epilepsi fokal tahan ubat. Orang yang mengambil eslicarbazepine acetate lebih cenderung untuk tidak mendapat sawan berbanding orang yang mengambil plasebo (tablet tiruan) tetapi mereka lebih cenderung untuk berhenti mengambil eslicarbazepine acetate kerana kesan sampingan. Ini termasuklah pening, loya (rasa tidak sihat), somnolen (mengantuk), muntah (berasa tidak sihat) dan diplopia (penglihatan berganda).

Kualiti bukti

Kesemua tujuh kajian mengguna kaedah yang baik, tetapi terdapat ketiadaan maklumat dari kajian-kajian tersebut antara 10% dan 45% orang yang mengambil ubat dalam lima kajian dewasa. Maklumat yang hilang ini mungkin menimbulkan ketidakpastian dalam keputusan oleh itu bukti dalam ulasan ini berkualiti sederhana. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk melihat kesan jangka panjang eslicarbazepine acetate dan meneroka bagaimana ia berfungsi dalam kalangan kanak-kanak dengan epilepsi.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Chang X-C, Yuan H, Wang Y, Xu H-Q, Hong W-K, Zheng R-Y. Eslicarbazepine acetate add-on therapy for drug-resistant focal epilepsy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 6. Art. No.: CD008907. DOI: 10.1002/14651858.CD008907.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan