Langkau ke kandungan utama

Pembedahan transeksi subpial untuk epilepsi

Latar belakang

Hampir 30% pesakit yang menghidap epilepsi terus mengalami sawan walaupun mengambil beberapa ubat antiepileptik (AED). Pesakit sedemikian dianggap mempunyai epilepsi refraktori, atau tidak terkawal, yang secara langsung mempengaruhi fungsi intelektual dan status sosial kanak-kanak. Ia menyebabkan morbiditi dan kematian yang besar, yang menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Sesetengah orang dengan epilepsi refraktori mendapat manfaat daripada rawatan pembedahan.

Transeksi subpial berbilang (MST) adalah teknik pembedahan di mana sebahagian sambungan fasa epileptik dipotong tanpa reseksi. MST adalah satu jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk orang-orang dengan epilepsi refraktori, yang mana zon epileptogenik tidak dapat dipotong kerana risiko defisit saraf yang tinggi.

Matlamat ulasan

Dalam ulasan ini, kami merancang untuk menilai faedah dan kesan sampingan transeksi subpial berbilang pada orang dengan epilepsi refraktori.

Keputusan

Kami mendapati tiada kajian terkawal rawak yang membandingkan transeksi subpial berbanding terapi ubat antiepileptik atau satu lagi jenis pembedahan epilepsi.

Kesimpulan

Tiada bukti yang cukup untuk mengetahui sama ada transeksi subpial adalah berkesan atau selamat; kajian tambahan diperlukan. Bukti adalah terkini hingga Ogos 2018.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Krishnaiah B, Ramaratnam S, Ranganathan LN. Subpial transection surgery for epilepsy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 11. Art. No.: CD008153. DOI: 10.1002/14651858.CD008153.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan