Langkau ke kandungan utama

Akupunktur untuk ADHD dalam kanak-kanak dan remaja

Masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) adalah masalah psikiatrik kanak-kanak yang biasa berlaku dengan ciri-ciri kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsiviti. Secara amnya, rawatan berkesan untuk ADHD bergantung kepada terapi komprehensif. Akupunktur adalah terapi perubatan komplimentari dan alternatif (CAM) yang dianggap mempunyai kurang kesan sampingan.

Akupunktur dianggap sebagai rawatan yang agak mudah, murah dan selamat berbanding intervensi konvensional lain, ia telah digunakan secara meluas di negara-negara timur. Berdasarkan teori asas perubatan Cina tradisional (TCM), ADHD adalah disebabkan oleh 'hati yang terlampau aktif', 'api pundi hempedu yang bersinar-sinar', 'kekurangan qi jantung-limpa', 'tiada interaksi antara jantung dan ginjal' dan 'ketidakharmonian yin-yang'. Oleh itu, ADHD dalam kanak-kanak wujud sebagai simtom klinikal peningkatan aktiviti, kegelisahan, kesemberonoan, ketidaksopanan dan kedegilan. 'Yin-yang' dan 'Qi-xue' adalah konsep yang sangat penting dalam TCM. Dalam sebuah sistem meridian, tafsiran utama 'yin' dan 'yang' ialah simetri dan keseimbangan. Akupunktur dapat membantu mengekalkan keseimbangan 'yin' dan 'yang' dalaman. Turut dipercayai dalam teori TCM bahawa akupunktur berupaya menguatkan intipati penting badan manusia iaitu yang dipanggil sebagai 'Qi' di China dan membuang halangan pada saluran-saluran. 'Qi' dapat bergerak di antara 'yin' dan 'yang' untuk menyelaras mereka secara harmoni supaya persekitaran dalaman yang mesra, seimbang dan aman dapat diwujudkan.

Penggunaan akupunktur sebagai intervensi terapeutik di negara-negara barat semakin meningkat. Namun, masih lagi kurang jelas sama ada bukti yang sedia ada cukup kuat untuk menjustifikasikan penggunaan akupunktur sebagai salah satu rawatan untuk ADHD.

Tiada kajian dimasukkan dalam sorotan ini. Pengarang-pengarang sorotan tersebut menyimpulkan bahawa bukti tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan atau keselamatan akupunktur untuk ADHD dalam kanak-kanak dan remaja. Kajian lanjut secara besar-besaran, melibatkan pelbagai pusat, rawak, terkawal, dubel-buta terhadap akupunktur dengan penilaian standard terhadap hasil untuk ADHD dalam kanak-kanak dan remaja diperlukan segera.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Nursyahirah binti Johari (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nursyahirahjohari@gmail.com Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Petikan
Li S, Yu B, Zhou D, He C, Kang L, Wang X, Jiang S, Chen X. Acupuncture for Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) in children and adolescents. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD007839. DOI: 10.1002/14651858.CD007839.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan