Langkau ke kandungan utama

Pengalihan kedudukan bagi merawat ulser tekanan

Ulser tekanan (juga dikenali sebagai kudis katil, kudis tekanan dan ulser dekubitus) ialah kerosakan tisu setempat yang disebabkan oleh tekanan dan daya ricihan yang berlebihan. Ulser tekanan terutamanya terjadi pada individu yang mempunyai mobiliti yang terhad, kerosakan saraf atau kedua-duanya. Tekanan, daripada baringan atau duduk pada bahagian tertentu badan, mengakibatkan kekurangan oksigen dan nutrien ke kawasan yang terbabit. Pengalihan kedudukan melibatkan perubahan individu ke kedudukan yang berbeza untuk menghilangkan atau mengagihkan semula tekanan dari sebahagian badan. Jika seseorang yang sudah mempunyai ulser tekanan terus berbaring atau menanggung berat pada kawasan yang terbabit, tisu-tisu di kawasan tersebut akan terputus pengaliran darah dan tiada bekalan oksigen atau nutrien disalurkan ke luka, serta tiada penyingkiran bahan buangan dari luka, yang mana semua ini diperlukan untuk proses penyembuhan. Individu yang tidak dapat mengalih kedudukan mereka sendiri memerlukan bantuan. Amalan terbaik antarabangsa menyokong penggunaan pengalihan kedudukan sebagai komponen penting dalam strategi pengurusan ulser tekanan. Para pengarang ulasan ini tidak menemui sebarang kajian yang layak untuk dimasukkan di dalam ulasan. Oleh itu, kami tidak tahu sama ada pengubahan kedudukan individu akan memberi sebarang perbezaan kepada kadar penyembuhan ulser tekanan.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Syed M Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Moore ZEH, Cowman S. Repositioning for treating pressure ulcers. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 1. Art. No.: CD006898. DOI: 10.1002/14651858.CD006898.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan