Langkau ke kandungan utama

Tambahan kemoterapi dan/atau rawatan radiasi selepas pembedahan dalam karsinosarkoma rahim

Karsinosarkoma uterus (rahim) merupakan kanser yang jarang-jarang ditemui merangkumi 4.3% daripada semua kanser rahim. Kanser yang nadir ini mempunyai prognosis yang tidak baik; salah satu sebab bagi hasil kelangsungan hidup yang rendah ialah hakikat di mana lebih sepertiga kanser ini (karsinosarkoma) telahpun merebak melampaui rahim pada masa diagnosis.

Rawatan utama ialah pembedahan untuk membuang kanser, bagaimanapun, disebabkan oleh kadar yang tinggi bagi pengulangan kedua-dua lokal dan berjarak jauh selepas pembedahan, terapi adjuvan yang berkesan diperlukan. Ulasan ini menunjukkan wanita dengan penyakit di peringkat yang tinggi (penyakit berterusan atau berulang, peringkat III-IV) yang telah menerima kemoterapi kombinasi termasuk ifosfamide mempunyai risiko kematian dan unjuran penyakit yang lebih rendah berbanding mereka yang menerima ifosfamide sahaja, selepas pelarasan ke atas status prestasi.

Di samping itu, radioterapi ke atas abdomen tidak berkaitan dengan penambahbaikan kelangsungan hidup, seperti pengulas temui dalam satu kajian bahawa tiada perbezaan dalam risiko kematian dan unjuran penyakit pada wanita yang menerima penyinaran ke atas seluruh abdomen dan kemoterapi, selepas pelarasan ke atas umur dan peringkat penyakit. Kajian yang lepas telah menunjukkan doxorubicin, walaupun telah diterima penggunaannya dalam rawatan karsinoma uterus, kelihatan tidak begitu aktif.

Kejadian-kejadian tidak diingini dilaporkan dengan komprehensifnya bagi perbandingan antara terapi kombinasi dan ifosfamide dengan penyinaran keseluruhan tubuh dan kemoterapi. Lebih ramai wanita mengalami kesan sampingan apabila mereka menerima terapi kombinasi berbanding ifosamide semata-mata, dan kemoterapi berbanding penyinaran keseluruhan badan. Kesan terapi ke atas kualiti kehidupan tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my. Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my)

Petikan
Galaal K, van der Heijden E, Godfrey K, Naik R, Kucukmetin A, Bryant A, Das N, Lopes AD. Adjuvant radiotherapy and/or chemotherapy after surgery for uterine carcinosarcoma. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 2. Art. No.: CD006812. DOI: 10.1002/14651858.CD006812.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan