Langkau ke kandungan utama

Paroxetine berbanding ubat anti-kemurungan yang lain untuk penyakit kemurungan

Kemurungan adalah penyakit mental yang teruk yang mempunyai ciri-ciri emosi rendah yang berterusan dan tidak reaktif dan kehilangan rasa minat dan seronok, dan biasanya disertai dengan pelbagai gejala yang lain seperti perubahan selera makan, gangguan tidur, keletihan, rasa tidak bertenaga, lemah daya tumpuan, rasa bersalah tanpa sebab yang munasabah dan kerap memikirkan kematian. Walaupun ubat dan rawatan psikologi adalah berkesan untuk merawat kemurungan, ubat anti-kemurungan tetap menjadi asas rawatan utama dalam kemurungan sederhana hingga teruk. Walau bagaimanapun, perbandingan ubat-ubatan tersebut memberikan penemuan yang berbeza sama ada ia berkesan atau tidak.

Ulasan penyelidikkan ini adalah mengenai tentang ubat anti-kemurungan yang disebut paroxetine dalam bidang rawatan ubat untuk kemurungan. Pada bulan September 2012, kami mencari, secara meluas, untuk semua kajian-kajian berguna (ujian terkawal rawak) yang telah selesai yang membandingkan paroxetine dengan anti-kemurungan yang lain dalam merawat golongan yang mengalami kemurungan. Seratus lima belas kajian dimasukkan dalam tinjauan ini, melibatkan sejumlah 26,134 orang. Kami mengumpulkan kajian mengikut jenis ubat yang mereka bandingkan dengan paroxetine; kami kemudian menganalisis penemuan-penemuan yang dijumpai dalam gabungan kumpulan kajian ini.

Untuk hasil utama (bilangan orang yang bertindak balas terhadap rawatan) paroxetine lebih berkesan daripada reboxetine, tetapi kurang berkesan daripada mirtazapine (pada fasa awal: satu hingga empat minggu susulan) dan mungkin citalopram (pada titik akhir: selepas enam minggu susulan). Terdapat beberapa bukti bahawa paroxetine kurang diterima dengan baik berbanding agomelatine dan St John's Wort, kerana lebih banyak pesakit dari kumpulan paroxetine mengalami sekurang-kurangnya beberapa kesan sampingan (walaupun penemuan ini untuk St John's Wort hanya berdasarkan satu kajian sahaja).

Kesimpulannya, kemungkinan ada beberapa perbezaan ketara antara paroxetine dan anti-kemurungan yang lain, tetapi tidak ada kesimpulan pasti yang dapat dibuat disebabkan oleh bilangan kajian yang terhad pada setiap perbandingan. Di samping itu, kebanyakan kajian yang disertakan adalah ditaja oleh industri ubat, yang bermakna mereka mungkin menilai terlalu tinggi kesan paroxetine. Oleh itu, keputusan ulasan ini harus ditafsirkan dengan berhati-hati.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (IMU University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Purgato M, Papola D, Gastaldon C, Trespidi C, Magni LR, Rizzo C, Furukawa TA, Watanabe N, Cipriani A, Barbui C. Paroxetine versus other anti-depressive agents for depression. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 4. Art. No.: CD006531. DOI: 10.1002/14651858.CD006531.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan