Langkau ke kandungan utama

Perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk menggantikan kemasukan ke hospital bagi orang-orang muda atau kanak-kanak yang ada masalah kesihatan mental

Banyak negara menekankan penyediaan perkhidmatan kesihatan mental dalam suasana yang mempunyai paling kurang batasan, dengan kesedaran bahawa sesetengah kanak-kanak perlu dimasukkan ke dalam hospital.  Dengan itu terdapat pelbagai perkhidmatan kesihatan mental untuk mengurus orang-orang muda yang bermasalah kesihatan mental yang serius di dalam masyarakat atau persekitaran pesakit luar yang berisiko untuk dimasukkan ke dalam hospital.

Ulasan ini mendapati tujuh kajian yang menilai samada perkhidmatan-perkidmatan tersebut membantu kanak-kanak dan orang-orang muda yang bermasalah kesihatan mental.  Ulasan ini tidak mendapati sebarang kajian mengenai rawatan harian intensif (di mana kanak-kanak menghadiri program rawatan pada siang hari untuk tempoh masa yang singkat), pengurusan intensif kes (profesional penjagaan kesihatan menyelaras perkhidmatan dan sokongan untuk kanak-kanak), penjagaan terapeutik anak-angkat (kanak-kanak tinggal bersama ibu-bapa angkat yang terlatih) atau penjagaan di sesebuah kediaman dengan penjagaan di wad (kanak-kanak tinggal di kediaman,selain dari hospital, yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental).

Kajian-kajian tersebut menilai empat jenis perkhidmatan yang berbeza.  Dalam terapi multisistem di rumah (MST), ahli terapi menyediakan terapi kepada kanak-kanak dan keluarga di rumah mereka.  Beberapa tingkah-laku kanak-kanak bertambah baik dengan MST.  Bilangan hari tidak ke sekolah dan berada di hospital juga berkurangan. Rawatan intensif di rumah menyediakan terapi kepada kanak-kanak di rumah untuk menyelesaikan masalah cara mereka berinteraksi dengan orang-orang lain di rumah dan untuk menambah baik gejala psikologi mereka.  Kanak-kanak yang menerima perkhidmatan jenis ini tidak menunjukkan penambahbaikan yang lebih berbanding kanak-kanak yang tidak menerimanya.  Intervensi krisis berasaskan rumah yang intensif (Model 'Homebuilders' untuk intervensi krisis), memfokuskan kanak-kanak dan keluarga untuk mempelajari kemahiran dalam membina perhubungan, mengolah masalah, mengurus kemarahan, komunikasi, dan terapi tingkah laku kognitif.  Kanak-kanak yang mendapat perkhidmatan ini menunjukkan sedikit kemajuan. Perkhidmatan pakar pesakit luar diberikan oleh pelbagai ahli profesional penjagaan kesihatan di klinik-klinik.  Kanak-kanak yang menerima perkhidmatan ini tidak menunjukkan kemajuan yang lebih berbanding dengan kanak-kanak yang tidak.

Kualiti sesetengah kajian adalah tidak tinggi dan kebanyakannya tidak mempunyai peserta yang cukup untuk menilai kesan sebenar perkhidmatan-perkhidmatan.  Bukti yang ada sekarang memberikan hanya sedikit bimbingan bagi membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan jenis ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Petikan
Shepperd S, Doll H, Gowers S, James A, Fazel M, Fitzpatrick R, Pollock J. Alternatives to inpatient mental health care for children and young people. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD006410. DOI: 10.1002/14651858.CD006410.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan