Langkau ke kandungan utama

Intervensi untuk simptom psikotik yang berlaku dengan epilepsi

Soalan ulasan

Tidak banyak bukti sedia ada untuk memaklumkan rawatan psikosis dalam kalangan orang dengan epilepsi.

Latar belakang

Terdapat bukti penting orang yang menderita epilepsi lebih berisiko mengalami simptom psikotik. Simptom-simptom ini kadangkala berlaku sejurus selepas atau sebelum sawan epilepsi, tetapi dalam sesetengah kes ia berlanjutan dalam jangka masa yang lebih lama, walaupun tanpa sawan. Pengurusan untuk mereka yang menderita psikosis berkait dengan epilepsi dirumitkan dengan fakta kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengawal simptom gangguan psikotik boleh mengganggu kawalan berkesan epilepsi dan sebaliknya.

Ciri-ciri kajian

Hanya satu kajian kecil dengan jumlah 16 peserta memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini. Pada masa ini terdapat kekurangan bukti untuk memaklumkan rawatan psikosis dalam kalangan orang dengan epilepsi, dan kajian rawak terkawal lanjutan diperlukan.

Carian terakhir kajian-kajian dijalankan pada Mac 2015.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Farooq S, Sherin A. Interventions for psychotic symptoms concomitant with epilepsy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 12. Art. No.: CD006118. DOI: 10.1002/14651858.CD006118.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan