Langkau ke kandungan utama

Apakah cara terbaik untuk menutup insisi abdominal selepas pembedahan?

Apakah isunya?

Laparotomi, satu insisi melalui dinding abdominal untuk mengakses rongga abdominal, dilakukan untuk pelbagai prosedur pembedahan. Hernia insisi, jangkitan, dehisens (pembukaan lapisan luka atau otot) dan saliran kronik dari luka, adalah komplikasi yang berpotensi untuk prosedur ini.

Mengapakah ini penting?

Hernia insisi mempengaruhi sehingga 20% orang yang menjalani laparotomi. Hernia insisi, yang lama-kelamaan membesar, menyebabkan ketidakselesaan pesakit, seterusnya, menyebabkan pesakit mengehadkan kerja mereka dan aktiviti fizikal lain. Kebimbangan kosmetik juga mungkin timbul.

Kami bertanya:

Adakah jenis bahan jahitan, atau jenis penutupan mencegah komplikasi ini? Kami membandingkan sutur terserapkan (sutur yang hilang kekuatan tegangan apabila dilarutkan oleh tubuh pesakit dengan sutur tak terserapkan (kekal); penutupan massa (penutupan semua lapisan anatomi dinding abdominal sekaligus) berbanding penutupan berlapis (menutup lapisan anatomi secara individu); penutupan berterusan (sutur selanjar) berbanding penutupan terganggu; sutur monofilamen berbanding sutur multifilamen (jalinan); dan sutur terserapkan perlahan (yang kekal kekuatan tegangan melebihi 30 hari) berbanding sutur terserapkan pantas (yang hilang kekuatan tegangan dalam masa 30 hari).

Kami mendapati:

Carian semua terbitan yang relevan (sehingga 8 Februari 2017) mendapati sejumlah 55 kajian dengan 19,174 peserta dimasukkan ke dalam ulasan. Kajian-kajian yang dimasukkan adalah sangat berbeza dengan jenis bahansutur yang diguna, teknik penutupan dan jenis prosedur pembedahan yang dilakukan. Kami mendapati bahawa menggunakan sutur monofilamen mengurangkan kejadian hernia insisi. Sutur terserapkan mengurangkan risiko saliran kronik dari luka (pembentukan sinus atau fistula).

Ulasan ini memasukkan bilangan besar kajian-kajian; walau bagaimanapun, kami mempunyai kebimbangan reka bentuk metodologi kolektif mereka dan laporan saintifik.

Ini bermakna:

Sutur monofilamen boleh dipertimbangkan untuk penutupan abdominal untuk mengurangkan risiko hernia insisi. Sutur terserapkan boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan risiko saliran kronik dari luka.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Patel SV, Paskar DD, Nelson RL, Vedula SS, Steele SR. Closure methods for laparotomy incisions for preventing incisional hernias and other wound complications. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 11. Art. No.: CD005661. DOI: 10.1002/14651858.CD005661.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan