Langkau ke kandungan utama

Antivirus untuk papillomatosis pernafasan yang berulang

Papillomatosis pernafasan yang berulang (RRP) ialah keadaan di mana ketumbuhan menyerupai ketuat terjadi di bahagian atas saluran pernafasan kanak-kanak atau orang dewasa. Ini boleh menyebabkan kesukaran bernafas atau perubahan suara. Keadaan ini lazimnya dirawat dengan pembedahan yang berulang untuk pembuangan ketuat, tetapi terdapat cadangan tambahan penggunaan ubat antivirus mungkin dapat membantu keadaan ini. Sorotan ini menemui satu kajian berkualiti baik suntikan cidofovir (agen antiviral) ke dalam ketuat semasa pembuangan ketuat dilakukan. Namun selepas setahun rawatan, kajian ini mendapati tiada manfaat suntikan cidofovir berbanding suntikan larutan air garam (plasebo). Kajian secara rawak yang lebih besar yang melibatkan lebih ramai pesakit, dan dos-dos cidofovir yang lebih tinggi diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Petikan
Chadha NK, James A. Adjuvant antiviral therapy for recurrent respiratory papillomatosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 3. Art. No.: CD005053. DOI: 10.1002/14651858.CD005053.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan