Langkau ke kandungan utama

Kontrasepsi hormon gabungan yang diambil dalam rejimen lanjutan selama lebih daripada 28 hari berbanding dengan kontrasepsi hormon kitaran 28 hari tradisional.

Kontrasepsi hormon gabungan tradisional (CHC), termasuk pil pencegah hamil oral, tampalan transdermal, dan cincin faraj, diberi setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan minggu tanpa hormon. Sepanjang minggu tanpa hormon, pendarahan rahim berlaku. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendekatan lain untuk mengambil kontrasepsi hormon gabungan telah dibangunkan. Ini termasuk mengambil CHC selama lebih daripada 28 hari berturut-turut. Sesetengah rejimen merancang rehat sekali-sekala dalam penggunaan CHC, sementara yang lain tidak merancang rehat sesekali. Menangguhkan atau menghapuskan rehat dalam penggunaan hormon telah menjadi cara popular bagi wanita untuk mengelakkan pendarahan bulanan, jadi kami melakukan ulasan ini untuk membandingkan rejimen yang lebih baharu ini dengan rejimen dos CHC tradisional. Kami mencari semua kajian rawak terkawal pada soalan ini dalam mana-mana bahasa; kami mendapati dua belas kajian yang memenuhi kriteria kami. Rejimen kitaran berterusan atau lanjutan dan tradisional kelihatan serupa, seperti yang dinilai oleh pendarahan, kadar pemberhentian, dan kepuasan yang dilaporkan. Kajian itu terlalu kecil untuk menangani keberkesanan, kejadian buruk yang jarang berlaku dan keselamatan. Kitaran lanjutan (selama lebih daripada 28 hari) atau dos berterusan nampaknya merupakan pendekatan yang munasabah untuk penggunaan CHC.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Hui Jen Chua (Taylor’s University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Edelman A, Micks E, Motu’apuaka ML, Benson LS., Stewart F. Continuous or extended cycle vs. cyclic use of combined hormonal contraceptives for contraception. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 7. Art. No.: CD004695. DOI: 10.1002/14651858.CD004695.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan