Langkau ke kandungan utama

Ubat-ubatan penyekat saluran kalsium untuk distrofi otot Duchenne

Distrofi otot Duchenne adalah satu keadaan pembaziran otot progresif yang berlaku pada zaman kanak-kanak, membawa kepada pergantungan kepada kerusi roda pada 13 tahun dan kegagalan pernafasan semasa remaja. Keadaan ini disebab oleh ketiadaan dystrophin, satu molekul protein besar yang mempunyai beberapa fungsi dalam sel otot. Kami tahu bahawa molekul kalsium bertambah dalam sel otot orang dengan distrofi otot Duchenne dan ini berkait dengan kematian sel. Rasional ulasan ini adalah untuk tahu sama ada kajian terkawal rawak yang menggunakan ubat-ubatan yang menyekat kemasukan kalsium dalam otot dapat mengurangkan perkembangan keadaan ini. Walaupun kajian-kajian ini telah dilancarkan lebih 10 tahun dahulu, ulasan sistematik tidak dibuat pada masa itu dan kemungkinan satu kesan penyekat kalsium yang berpotensi atas distrofi otot Duchenne terlepas. Sekiranya ia wujud, antagonis kalsium mungkin menjadi sati rawatan efektif sendiri atau lebih mungkin, digunakan dalam kombinasi dengan rawatan baru seperti kortikosteroid atau rawatan potensi lain seperti terapi berkaitan gen.

Ini adalah ulasan yang dikemas kini. Dalam ulasan asal, lapan kajian telah dikenalpasti dan lima yang mempunyai bukti yang tinggi dirangkumkan. Dalam kemaskini ini, tiada kajian terbaru yang dikenalpasti dan jadi lima kajian masih dirangkumkan dalam ulasan ini. Kajian-kajian ini menggunakan ubat-ubatan penyekat saluran kalsium dan mengukur pelbagai hasil ukuran seperti kekuatan otot, skala fungsi otot, perubahan biokimia dalam otot dan penemuan elektrokardiografi. Hanya satu kajian yang menunjukkan kesan yang bermanfaat, iaitu peningkatan kekuatan otot, tetapi dalam kajian ini, ubat yang digunakan berkait dengan kesan-kesan sampingan pada jantung. Kesan-kesan sampingan buruk yang diperhatikan merupakan kesan-kesan sampingan penyekat saluran kalsium yang terkenal.
Pembatasan ulasan ini adalah meta-analisis tidak dapat dilaksanakan kerana kajian menggunakan penyekat saluran kalsium dan ukuran hasil kajian yang berbeza, dan semua kajian kecuali satu memasukkan bilangan pesakit yang rendah. Sebagai kesimpulan, ulasan ini tidak menjumpai keberkesanan antagonis kalsium.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Petikan
Phillips MF, Quinlivan R. Calcium antagonists for Duchenne muscular dystrophy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 4. Art. No.: CD004571. DOI: 10.1002/14651858.CD004571.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan