Langkau ke kandungan utama

Fluoroquinolone untuk merawat demam enterik

Penyelidik dari Kolobrasi Cochrane telah menjalankan ulasan ke atas kesan antibiotik fluoroquinolone pada orang dengan demam enterik. Selepas mencari kajian yang relevan, mereka mengenal pasti 26 kajian yang melibatkan 3033 pesakit. Penemuan mereka diringkaskan di bawah.

Apakah itu demam enterik dan bagaimana fluoroquinolone mungkin berfungsi?

Demam enterik adalah istilah umum bagi dua penyakit klinikal yang serupa yang dikenali secara individunya sebagai demam kepialu dan demam paratyphoid. Penyakit ini adalah sangat biasa di negara berpendapatan rendah dan sederhana di mana air dan sanitasi mungkin tidak mencukupi.

Demam enterik biasanya menyebabkan demam dan sakit kepala dengan cirit-birit, sembelit, sakit perut, loya dan muntah-muntah, atau kehilangan selera makan. Jika tidak dirawat sesetengah orang boleh mengalami komplikasi yang serius dan boleh membawa kepada maut.

Fluoroquinolone adalah sekumpulan ubat antibiotik yang besar, yang biasa digunakan untuk pelbagai jenis penyakit berjangkit. Dahulu, floroquinolone berkesan terhadap demam enterik, tetapi rintangan ubatan telah menjadi satu masalah kesihatan awam yang utama dalam banyak kawasan terutamanya di Asia.

Apakah yang dinyatakan oleh kajian

Kesan daripada menggunakan fluoroquinolone:

Secara umumnya, fluoroquinolone berkesan dalam demam kepialu.

Pengubal polisi dan pakar klinikal perlu mengambil kira rintangan antibiotik tempatan apabila mempertimbangkan pilihan rawatan untuk demam enterik.

Sejenis fluoroquinolone baru, gatifloxacin, nampaknya terus berkesan di beberapa kawasan di mana rintangan terhadap fluoroquinolone yang lebih lama telah muncul.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my. Disunting oleh Tan May Loong (RCSI &UCD Malaysia Campus).

Petikan
Effa EE, Lassi ZS, Critchley JA, Garner P, Sinclair D, Olliaro PL, Bhutta ZA. Fluoroquinolones for treating typhoid and paratyphoid fever (enteric fever). Cochrane Database of Systematic Reviews 2011, Issue 10. Art. No.: CD004530. DOI: 10.1002/14651858.CD004530.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan