Langkau ke kandungan utama

Antibiotik untuk otak bernanah dalam pesakit jantung kongenital sianotik

Penyakit jantung kongenital yang serius membawa kepada aliran darah yang tidak normal melalui jantung dan paru-paru. Ini mengakibatkan ketidakmampuan untuk membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan yang menjadikan pesakit kelihatan biru (sianotik) dan teramat menghadkan aktiviti fizikal mereka . Pesakit penyakit jantung kongenital sianotik berisiko mendapat masalah otak bernanah. Keadaan ini serius dan boleh membawa maut kerana nanah menyebabkan fungsi otak yang tidak normal. Rawatan termasuk terapi antibiotik bagi membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan. Bagi pesakit yang mempunyai nanah bersaiz besar, pembedahan untuk menyalur keluar nanah mungkin dilakukan. Terapi antibiotik untuk otak bernanah harus merangkumi ubat-ubatan yang menembusi ke dalam ruangan nanah. Ubat-ubatan yang dipilih hendaklah juga dipadankan kepada sensitiviti bakteria yang diperolehi dari nanah dalam kultur makmal. Tidak terdapat bukti dari percubaan rawak terkawal bagi menunjukkan regimen antibiotik terbaik untuk merawat pesakit penyakit jantung kongenital sianotik yang mengalami otak bernanah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Petikan
Lumbiganon P, Chaikitpinyo A. Antibiotics for brain abscesses in people with cyanotic congenital heart disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 3. Art. No.: CD004469. DOI: 10.1002/14651858.CD004469.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan