Langkau ke kandungan utama

Kesan masa apitan tali pusat bayi cukup bulan terhadap ibu dan bayi.

Semasa lahir, bayi masih lagi bersambung dengan ibu melalui tali pusat, yang merupakan sebahagian daripada uri. Bayi tersebut biasanya terpisah daripada uri apabila tali pusat diapit. Proses apitan ini merupakan salah satu bahagian peringkat ketiga proses bersalin (masa dari kelahiran bayi sehinggalah lahirnya uri) dan masa tersebut boleh berubah mengikut polisi klinikal dan praktik. Walaupun pengapitan awal tali pusat telah dianggap dapat mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin (pendarahan postpartum), namun, kajian semula ini yang merangkumi 15 percubaan terawak yang melibatkan sejumlah 3911 pasangan wanita dan bayi baru lahir menunjukkan tidak ada perbezaan ketara dalam kadar pendarahan postpartum apabila pengapitan awal dan lewat (secara umumnya antara satu hingga tiga minit) dibandingkan. Walau bagaimanapun, pengapitan lewat tali pusat berpotensi memberi beberapa manfaat penting untuk bayi baru lahir yang sihat and cukup bulan, misalnya berat masa lahir yang lebih tinggi, kepekatan hemoglobin awal dan peningkatan simpanan zat besi sehingga enam bulan selepas lahir. Manfaat-manfaat ini perlu diimbangkan dengan tambahan risiko kecil bayi baru lahir mendapat penyakit kuning (jaundis) yang memerlukan rawatan cahaya.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Nursyahirah binti Johari (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi nursyahirahjohari@gmail.com

Petikan
McDonald SJ, Middleton P, Dowswell T, Morris PS. Effect of timing of umbilical cord clamping of term infants on maternal and neonatal outcomes. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 7. Art. No.: CD004074. DOI: 10.1002/14651858.CD004074.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan