Langkau ke kandungan utama

Terdapat beberapa bukti bahawa hormon pertumbuhan manusia boleh membantu mengurangkan masalah pertumbuhan kanak-kanak yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik

Buah pinggang menapis darah. Kanak-kanak dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD) boleh melarat ke peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan memerlukan darah mereka ditapis oleh mesin (dialisis) atau perlu menjalani pemindahan buah pinggang. CKD boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak. Hormon pertumbuhan (rhGH) telah digunakan untuk membantu kanak-kanak membesar ke ketinggian purata untuk umur mereka tetapi rhGH boleh mendatangkan kesan yang buruk termasuklah menambahkan risiko penolakan pemindahan dan tekanan darah tinggi dalam otak. Ulasan 16 kajian yang mendaftarkan 809 kanak-kanak mendapati bahawa rhGH meningkatan ketinggian kanak-kanak dengan CKD kira-kira 4 cm selepas 1 tahun dan 2 cm lagi selepas 2 tahun berbanding dengan tanpa rawatan. Kekerapan kesan sampingan yang dilaporkan daripada rhGH adalah serupa dengan kumpulan kawalan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Hodson EM, Willis NS, Craig JC. Growth hormone for children with chronic kidney disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012, Issue 2. Art. No.: CD003264. DOI: 10.1002/14651858.CD003264.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan