Langkau ke kandungan utama

Terapi hormon untuk mencegah penyakit kardiovaskular di kalangan wanita pasca menopaus yang sihat dan juga wanita pasca menopaus yang sudah mempunyai penyakit kardiovaskular

Terapi hormon digunakan untuk mengawal simptom-simptom menopaus. Ia juga digunakan sebagai pencegahan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita pasca menopaus. Ulasan ini telah meneliti kesan-kesan penggunaan terapi hormon selama enam bulan atau lebih. Sembilan belas percubaan terkawal rawak (yang melibatkan 40,410 wanita) membandingkan terapi oral hormon (estrogen, dengan atau tanpa progestogen) dengan plasebo. Sebilangan besar peserta dari Amerika Syarikat (AS), dan purata usia dalam kebanyakan kajian adalah lebih daripada 60 tahun. Tempoh masa wanita-wanita ini terlibat dalam kajian adalah pelbagai, dari 7 bulan kepada 10.1 tahun. Kajian-kajian tersebut secara amnya dijalankan dengan baik dengan risiko bias yang rendah secara keseluruhan.

Secara keseluruhan, keputusan menunjukkan tiada bukti bahawa terapi hormon memberikan sebarang kesan-kesan perlindungan terhadap kematian disebabkan oleh apa-apa sebab, terutamanya daripada penyakit kardiovaskular, serangan jantung yang tidak membawa maut atau angina, sama ada di kalangan wanita sihat atau wanita dengan penyakit jantung yang sedia ada. Sebaliknya, terapi hormon ini meningkatkan risiko strok dan penyumbatan darah beku di dalam saluran vena (tromboembolisme vena) di kalangan wanita pasca menopaus.

Kami sangat yakin bahawa hasil ulasan adalah sangat dekat dengan kesan-kesan sebenar untuk kebanyakan hasil yang kami teliti. Kajian-kajian tersebut adalah besar, direka dengan baik dan hasil-hasil tersebut tersecara amnya adalah konsisten merentas kajian.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Boardman HMP, Hartley L, Eisinga A, Main C, Roqué-Figuls M, Bonfill Cosp X, Gabriel Sanchez R, Knight B. Hormone therapy for preventing cardiovascular disease in post-menopausal women. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 3. Art. No.: CD002229. DOI: 10.1002/14651858.CD002229.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan