Langkau ke kandungan utama

Intervensi dalam pengurusan lipid serum untuk mencegah perulangan strok

Terdapat bukti pengurangan dalam peristiwa-peristiwa vaskular susulan yang serius dengan penggunaan terapi statin dalam kalangan pesakit dengan sejarah strok iskemia atau serangan iskemia sementara (TIA). Kajian telah menunjukkan bahawa intervensi untuk mengurangkan jumlah kolesterol serum atau paras kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari (CHD) dan strok dalam kalangan orang yang pernah menghidap CHD. Walau bagaimanapun, bagi pesakit strok, hubungan antara tahap kolesterol serum dan pecahan kolesterol dengan risiko strok atau penyakit kardiovaskular pada masa depan adalah tidak jelas. Ulasan ini yang merangkumi lapan kajian yang melibatkan kira-kira 10,000 peserta, menunjuk bahawa terapi statin, tetapi bukan intervensi-intervensi merendahkan lipid yang lain, mengurangkan risiko peristiwa-peristiwa vaskular utama pada masa depan dan mempunyai sedikit manfaat dalam mengurangkan kejadian strok, tetapi tidak mengurangkan kadar mortaliti keseluruhan dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah penyakit serebrovaskular iskemia.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my

Petikan
Manktelow BN, Potter JF. Interventions in the management of serum lipids for preventing stroke recurrence. Cochrane Database of Systematic Reviews 2009, Issue 3. Art. No.: CD002091. DOI: 10.1002/14651858.CD002091.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan