Langkau ke kandungan utama

Antagonis kalsium untuk strok iskemia akut

Soalan

Adakah ubat-ubatan antagonis kalsium bermanfaat untuk orang yang mengalami strok iskemia akut?

Latar belakang
Kebanyakan strok adalah akibat kurang aliran darah dengan halangan arteri besar dan kecil. Akibatnya, ion kalsium membanjiri sel-sel otak dan menyumbang kepada kematian sel otak. Antagonis kalsium boleh mengurangkan kerosakan dengan menghalang kemasukan ion kalsium. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, terdapat banyak kajian klinikal yang memfokus kepada pelbagai antagonis kalsium untuk strok iskemia akut. Kami mengulas bukti tentang kesan ubat-ubatan ini berbanding plasebo atau kawalan dalam kalangan orang dengan strok iskemia akut.

Ciri-ciri kajian
Kami mengenal pasti 34 kajian sehingga 6 Februari 2018 yang memenuhi kriteria kemasukan kami; melibatkan 7731 peserta dan menyiasat pelbagai jenis ubat. Dua puluh enam kajian menguji nimodipine, dan tiga kajian menilai flunarizine. Masing-masing kajian menggunakan isradipine, nicardipine, PY108-608, fasudil, dan lifarizine.

Keputusan utama
Tiada perbezaan di dalam kematian atau pergantungan di antara para peserta yang menerima antagonis kalsium atau tidak.

Kualiti bukti
Tiada bukti antagonis kalsium dapat menyelamatkan nyawa atau mengurangkan ketidakupayaan selepas strok iskemia akut. Bukti adalah boleh dipercayai scara sederhana, yang bermaksud penyelidikan lebih lanjut tidak akan mengubah kesimpulan kami.

Nota terjemahan

Diterjemakanh oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Petikan
Zhang J, Liu J, Li D, Zhang C, Liu M. Calcium antagonists for acute ischemic stroke. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 2. Art. No.: CD001928. DOI: 10.1002/14651858.CD001928.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan