Langkau ke kandungan utama

Ubat-ubatan dikaunter (OTC) untuk batuk akut pada kanak-kanak dan orang dewasa dalam persekitaran masyarakat

Soalan ulasan

Kami telah menjalankan kajian untuk menentukan keberkesanan ubat batuk di kaunter dalam mengurangkan batuk dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di persekitaran masyarakat. Kami menemui 29 kajian yang melibatkan 4835 orang.

Latarbelakang

Batuk akut merupakan gejala biasa yang menyukarkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengidap jangkitan akut saluran pernafasan (URTI). Ramai orang menetapkan sendiri ubat batuk di kaunter (OTC), dan pengamal kesihatan sering mengesyorkan penggunaannya untuk rawatan awal batuk. Terdapat perbezaan yang ketara di antara negara bagi kebolehdapatan dan garispanduan penggunaan kebanyakan persediaan ini.

Ciri kajian

Kami mengenal pasti pelbagai rangkaian kajian yang meluas untuk jenis-jenis persediaan yang berbeza dan digunakan pada dos yang berbeza dalam kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.

Keputusan utama

Bukti ini adalah terkini sehingga March 2014. Kami tidak mendapati bukti kukuh untuk menyokong atau menentang keberkesanan ubat-ubatan OTC bagi batuk akut. Sembilan belas kajian melaporkan kesan buruk ubat-ubatan ini dan menjelaskan kesan sampingan yang jarang berlaku, kebanyakannya adalah kesan kecil seperti loya, muntah, sakit kepala dan mengantuk.

Kualiti bukti

Keputusan kajian ini perlu ditafsirkan dengan berhati-hati kerana bilangan kajian dalam setiap kategori persediaan ubat batuk adalah kecil.Kebanyakan kajian tidak dilaporkan dengan baik dan ini menyukarkan penilaian risiko bias. Walaupun semua kajian adalah plasebo rawak terkawal hanya minoriti yang melaporkan kaedah peruntukan dan perawakan dan terdapat kurang laporan tentang "blinding' para penilai hasil dan sama ada pengukuran hasil telah disahkan. Di samping itu, kajian yang disokong oleh syarikat-syarikat farmaseutikal atau pembekal lain lebih cenderung untuk mendapat keputusan yang positif. Kajian-kajian juga sangat berbeza antara satu sama lain dari segi jenis rawatan, tempoh rawatan dan hasil yang diukur, membuatkan penilaian keberkesanan keseluruhan ubat batuk OTC sukar.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Nila Pillai. (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Petikan
Smith SM, Schroeder K, Fahey T. Over-the-counter (OTC) medications for acute cough in children and adults in community settings. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 11. Art. No.: CD001831. DOI: 10.1002/14651858.CD001831.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan