Langkau ke kandungan utama

Antibiotik untuk gonorea semasa hamil

Wanita hamil dengan gonorrhoea yang mengambil penicilin, spectinomycin atau ceftriaxone kurang kemungkinan untuk menunjukkan tanda jangkitan.

Neisseria gonorrhoeae adalah bakteria yang disebar semasa seks, menyebabkan jangkitan pada kawasan kemaluan. Wanita hamil dengan gonorea boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi semasa kelahiran. Ini boleh menjejaskan penglihatan bayi, menyebabkan kebutaan. Ulasan daripada 2 kajian yang melibatkan 346 wanita, menemui bukti bahawa wanita hamil yang mengambil penicilin, spectinomycin, ceftriaxone atau cefixime kurang kemungkinan untuk menunjukkan tanda-tanda gonorea seminggu hingga 10 hari kemudian. Penyelidikan lanjutan diperlukan untuk mengetahui rawatan antibiotik yang mana adalah terbaik untuk mencegah jangkitan kepada bayi.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Petikan
Brocklehurst P. Antibiotics for gonorrhoea in pregnancy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2002, Issue 2. Art. No.: CD000098. DOI: 10.1002/14651858.CD000098.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan