Bolehkan kelas ubat antidiabetik membantu melindungi otak selepas iskemia strok teruk (disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat)?

Mesej utama

1. Terdapat bukti terhad bahawa glyburide (sejenis sulfonylurea, atau sejenis ubat yang telah digunakan untuk diabetes jenis 2) mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap fungsi 90 hari seseorang selepas strok, atau bilangan kematian selepas 90 hari. Ia mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap kemerosotan neurologi dalam tempoh tiga hari, seperti kesedaran, pertuturan, atau kelemahan, dan kemungkinan mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap kesan-kesan sampingan yang tidak diingini, seperti masalah berkaitan jantung, atau pneumonia.

2. Glyburide mungkin mengakibatkan peningkatan risiko hipoglisemia (gula dalam darah rendah).

3. Kajian yang lebih banyak dan besar adalah diperlukan untuk memahami kesan sulfonylurea dalam orang selepas strok iskemia teruk (bekalan darah dan oksigen ke otak yang tersumbat).

Apakah strok iskemia?

Strok iskemia adalah diakibatkan oleh bekalan darah dan oksigen ke otak yang tersumbat. Strok iskemia yang besar (dikenali sebagai infarksi hemisfera teruk) boleh menjejaskan kawasan otak yang besar, yang membawa kepada defisit neurologi yang teruk, seperti masalah dengan pertuturan, kelemahan, berjalan, dan memori. Risiko kematian adalah tinggi, walaupun selepas rawatan dan pembedahan yang paling berkesan. Sekiranya seseorang terselamat, mereka mungkin masih mengalami masalah signifikan dengan fungsi otak dan kualiti hidup.

Apakah ubat-ubatan sulfonylurea?

Sulfonilurea, seperti glyburide, adalah sejenis kelas ubat yang sering digunakan untuk orang dengan diabetes jenis 2. Kajian dalam haiwan menunjukkan bahawa glyburide boleh mengurangkan bilangan kematian dan meningkatkan hasil neurologi berikutan strok iskemia, tetapi ia tidak jelas sama ada ia mempunyai kesan yang sama terhadap orang.

Apakah yang kami ingin ketahui?

1. Adakah sulfonilurea meningkatkan hasil fungsi dan neurologi dalam orang berikutan strok teruk?

2. Apakah kesan yang sulfonylurea mempunyai terhadap kematian dan kualiti hidup?

3. Adakah sulfonylurea mengakibatkan sebarang kesan-kesan sampingan yang tidak diingini?

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari untuk kajian yang telah membandingkan ubat-ubatan sulfonylurea kepada rawatan ‘dummy’ atau penjagaan biasa. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor, seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang telah kami temui?

Kami telah menemui dua kajian, dengan jumlah 621 peserta. Kedua-dua kajian telah membandingkan kesan glyburide yang disuntik ke dalam vena dengan larutan dummy disuntik ke dalam vena. Satu kajian telah berlangsung dalam 18 hospital di Amerika Syarikat. Ia tamat awal disebabkan oleh kekurangan dana. Kajian yang lain telah berlangsung di dalam 20 negara merentas Amerika Utara dan Selatan dan Eurasia. Ia berhenti awal disebabkan oleh kesukaran pelaksanaan dan pelarasan strategik.

Bukti menunjukkan bahawa glyburide mungkin mengakibatkan sedikit kepada tiada perbezaan dalam fungsi selepas 90 hari, atau bilangan kematian selepas 90 hari. Ia mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap kemerosotan neurologi dalam tempoh tiga hari, dan kemungkinan mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap masalah jantung atau pneumonia. Walau bagaimanapun, glyburide mungkin meningkatkan risiko hipoglisemia (glukosa darah yang rendah). Tiada kajian yang telah melaporkan hasil-hasil neurologi.

Apakah batasan bukti?

Keyakinan ini terhad disebabkan kami hanya menemui dua kajian kecil, dan kami kurang pasti tentang ketepatan data tersebut. Keputusan ulasan harus dilihat sebagai keputusan pendahuluan. Penyelidikan lanjutan adalah diperlukan untuk mengesahkan manfaat dan kemudaratan sulfonilurea untuk strok iskemia.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga 23 Mac 2024.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Tools
Information