Antibiotik untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan saraf dan jangkitan paru-paru jangka panjang

'Kecacatan saraf' merujuk kepada satu kumpalan masalah kesihatan yang punca utamanya adalah daripada masalah neurologi (cth palsi serebrum), masalah neuromuskular (cth distrofi otot) atau masalah perkembangan (cthnya gangguan perkembangan, Sindrom down). Kanak-kanak dan orang muda dengan masalah ini mungkin mempunyai kesamaan masalah dari segi mobiliti, pemakanan dan batuk. Masalah dada dan pernafasan (termasuk jangkitan paru-paru) lazimnya dialami oleh kanak-kanak dan golongan muda yang mengalami kecacatan saraf dan sering menjadi punca mereka memerlukan rawatan di hospital.

Bagi mereka yang tidak dapat membersihkan sepenuhnya cecair paru-paru mereka, atau mendapat jangkitan dengan kerap, jangkitan paru-paru mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya - ia menjadi 'jangkitan kronik'. Rawatan yang terbaik bagi masalah kesihatan ini untuk kanak-kanak dan orang muda masih tidak jelas.

Kami berusaha untuk meneliti secara sistematik semua ujian klinikal yang melihat kepada rawatan antibiotik bagi jangkitan paru-paru untuk kanak-kanak dan orang muda dengan jangkitan paru-paru kronik. Kami menyemak sejumlah 1968 kajian yang diterbitkan sehingga Februari 2022, daripada beberapa pangkalan data dalam talian yang berbeza, tetapi tiada satu pun yang relevan untuk disertakan dalam ulasan ini. Dua kajian sedang dijalankan dan tidak boleh disertakan dalam versi semasa ini.

Kami kecewa kerana kami tidak menemui sebarang kajian klinikal untuk menjawab soalan penting ini. Perkara ini merupakan fokus utama untuk penyelidikan masa depan supaya kanak-kanak dan orang muda dalam keadaan ini boleh menerima rawatan yang terbaik.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wan Anisa Hanim Binti Mohd Nasir @Azman (Klinik Pergigian Kok Lanas). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Saina Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information