Langkah halangan untuk mencegah bunuh diri di jalan raya

Mengapa kajian ini penting?

Bunuh diri di jalan raya sukar dibezakan dengan kematian yang berakibat daripada kemalangan kenderaan bermotor dan oleh itu, tidak ada angka rasmi untuk kaedah bunuh diri ini. Mengehadkan akses kepada kaedah yang boleh membawa maut untuk bunuh diri (langkah halangan) adalah strategi universal atau populasi yang penting untuk mencegah bunuh diri. Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa langkah halangan merupakan cara yang berkesan untuk menghalang bunuh diri, buktinya dalam pencegahan bunuh diri di jalan raya tidak dapat dipastikan dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan sekatan akses terhadap membunuh diri di jalan raya.

Carian bukti

Kami mencari beberapa pangkalan data perubatan untuk mencari kajian yang menilai kesan menyekat akses bunuh diri di jalan raya. Kami mencari pangkalan data sehingga Mac 2020. Kami juga mencari daftar percubaan antarabangsa untuk kajian yang belum diterbitkan dan yang masih berterusan. Hasil minat utama kami adalah bunuh diri, cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Keputusan utama

Kami mendapati tiada kajian yang layak dimasukkan dalam ulasan ini. Akibatnya, kita tidak dapat membuat kesimpulan mengenai keberkesanan intervensi sekatan akses untuk mencegah bunuh diri di jalan raya. Menentukan niat bunuh diri adalah masalah besar dalam kematian akibat kemalangan jalan raya, oleh itu kriteria objektif yang jelas diperlukan untuk meningkatkan, mengkaji dan memahami kaedah bunuh diri ini dengan lebih tepat. Peningkatan kesedaran mengenai bunuh diri di jalan raya dalam kegiatan pencegahan bunuh diri amat diperlukan. Bukan itu sahaja, ia juga perlu dimasukkan ke dalam polisi pencegahan bunuh diri dalam polisi kerajaan pada masa hadapan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengkaji keberkesanan intervensi untuk mencegah bunuh diri di jalan raya diperlukan secepat mungkin

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus - kelas siswazah 2020). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information