Intervensi aktiviti fizikal untuk orang dengan penyakit jantung kongenital

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan untuk mengumpul bukti penggunaan sebarang intervensi aktiviti fizikal untuk orang dengan penyakit jantung kongenital. Kami berhasrat membandingkan intervensi-intervensi termasuk latihan senaman, promosi aktiviti fizikal atau latihan paru-paru tanpa intervensi (penjagaan biasa).

Latar belakang

Penyakit jantung kongenital adalah istilah yang diguna untuk pelbagai cacat lahir yang mempengaruhi fungsi jantung. Orang dengan penyakit jantung kongenital mempunyai kurang jangka hayat, kecergasan fizikal dan kualiti hidup. Walau bagaimanapun, diagnosis pranatal yang lebih baik, prosedur pembedahan (sering dibuat di awal kehidupan) dan intervensi terdahulu, kadar survival bagi mereka yang lahir dengan penyakit ini telah meningkat secara mendadak, dan kebanyakan orang sekarang akan hidup hingga dewasa. Latihan senaman dan intervensi aktiviti fizikal diketahui dapat memperbaik kecergasan, aktiviti fizikal, survival dan kualiti hidup orang yang sihat, tetapi tidaklah jelas keberkesanan program ini untuk orang dengan keadaan perubatan jangka panjang.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian pada September 2019 dan mengenal pasti 15 kajian melibatkan 924 peserta. Kajian-kajian menggunakan tiga jenis intervensi utama, termasuk program yang direka untuk meningkatkan aktiviti fizikal, kecergasan aerobik dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan dan membandingkan intervensi aktiviti fizikal dan intervensi kawalan kalangan orang dengan penyakit jantung kongenital.

Keputusan utama

Kami meneliti 15 kajian melibatkan 924 peserta. Lebih separuh peserta adalah wanita. Daripada 15 kajian, 5 menggunakan sejumlah 500 orang muda (berumur kurang dari 18 tahun) dan 10 kajian menggunakan sejumlah 424 peserta dewasa. Kami mendapati kecergasan fizikal dan aktiviti fizikal mungkin meningkat sedikit; tetapi kami tidak pasti tentang kualiti hidup. Buat masa ini tiada data yang menyatakan jika peningkatan kecil kecergasan ini akan mengurangkan kunjungan ke hospital. Tetapi tiada kematian direkodkan atau peristiwa serius yang berkait dengan penyertaan dalam aktiviti fizikal.

Kualiti bukti

Dengan pendekatan saintifik yang disahkan (GRADE), kepastian bukti adalah sederhana untuk kecergasan, rendah untuk aktiviti fizikal dan sangat rendah untuk kualiti hidup. Kebanyakan hasil adalah terhad kerana bilangan peserta kajian yang kecil dan pelaporan perincian kajian yang buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information