Mengurangkan pengunaan aflatoksin dengan pendidikan pertanian dan pemakanan untuk meningkatkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak di negara berpendapatan rendah dan sederhana

Soalan ulasan

Adakah dengan memberi pendidikan pertanian dan pemakanan tentang cara mengurangkan pengambilan aflatoksin (dari tanaman yang tercemar) kepada isi rumah dan masyarakat di negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) dapat meningkatkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak berbanding dengan pendidikan biasa atau tiada pendidikan?

Latar belakang

Aflatoksin adalah racun yang dihasilkan oleh kulat yang mencemari tanaman. Jagung dan kacang tanah adalah sumber utama makanan mengandungi aflatoksin, kerana dimakan dalam jumlah besar oleh banyak orang yang tinggal di LMIC. Beberapa kajian dari LMIC menunjukkan bahawa mungkin ada kaitan antara pengambilan aflatoksin semasa tempoh hamil dan awal kanak-kanak, dan pertumbuhan pada bayi dan anak kecil.

Ciri-ciri Kajian

Kami meliputi tiga percubaan, yang melibatkan wanita hamil dan wanita menyusu (1168 pasangan ibu-anak), wanita dalam usia kesuburan (N = 231), dan bayi dan anak kecil (<59 bulan), dari komuniti pertanian jagung di luar bandar di Kenya, Tanzania, dan Zimbabwe. Untuk kajian ini, sumber data kami terhad kepada percubaan yang dilakukan di Tanzania walaupun kajian tersebut mempunyai risiko bias yang tidak jelas secara keseluruhan. Ini kerana percubaan lain tidak mempunyai sebarang hasil and kami tidak dapat memperoleh data pertumbuhan yang tidak diterbitkan untuk lagi satu percubaan walaupun setelah menghubungi pengulas.

Percubaan tersebut, yang melibatkan wanita menyusu dan bayi mereka, mengkaji kesan pendidikan pertanian terhadap berat bayi, diseragamkan untuk usia (berat-untuk-umur z-skor (WAZ)) selepas enam bulan. (Z-score mengukur perbezaan antara bayi dan median populasi bagi bayi serupa). Pendidikan pertanian yang dijalankan adalah secara demonstrasi untuk mengubah amalan petani selepas menuai tanaman untuk mengurangkan aflatoksin, misalnya menyusun dengan tangan, meleraikan jagung, menggunakan lembaran pengeringan and racun serangga. Petani dalam kumpulan kawalan mendapat perkhidmatan rutin dari pekerja tambahan pertanian.

Keputusan utama

Bukti kepastian yang sangat rendah dari satu percubaan menunjukkan bahawa WAZ 128 kanak-kanak dari isi rumah petani yang mendapat pendidikan pertanian dapat meningkat dengan skor z 0,57, berbanding 121 anak dari isi rumah di mana petani hanya menerima perkhidmatan rutin. Ini bermaksud bahawa bayi perempuan dalam kumpulan intervensi, dengan berat badan yang sihat, akan menambah berat badan sekitar 450 hingga 690 gram lebih banyak antara tiga hingga sembilan bulan, dibandingkan dengan bayi perempuan dalam kumpulan kawalan. Ini adalah perbezaan yang bermakna.

Kaedah lain untuk mengukur kesannya adalah dengan membandingkan bahagian bayi kurang berat badan (sisihan piawai WAZ ≥ 2 di bawah nilai median rujukan) setiap kumpulan, selepas intervensi. Dalam kes ini, pendidikan pertanian dapat mengurangkan peratusan anak kurang berat badan, secara purata, sebanyak 6.7% (bukti kepastian sangat rendah), berbanding dengan perkhidmatan rutin.

Tidak ada kajian yang disertakan yang membahas pengaruh pendidikan pemakanan terhadap ketinggian, atau terhadap kesan pendidikan pertanian atau pemakanan yang tidak diingini.

Bukti mengenai kesan terhadap pertumbuhan kanak-kanak intervensi pendidikan pertanian atau pemakanan yang mengurangkan pendedahan aflatoksin dalam LMIC sangat terhad. Data dari satu percubaan menunjukkan bahawa pendidikan pertanian, yang bertujuan untuk mengubah amalan selepas penuaian petani untuk mengurangi pendedahan kepada aflatoksin, dapat meningkatan berat badan bayi untuk usia, dibandingkan dengan pendidikan biasa atau tidak.

Kajian ini telah diteliti sehingga Ogos 2019.

Bukti kualiti

Kami kurang yakin dengan keputusan di atas. Kesan sebenar mungkin berbeza.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Jasmine Lee. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save