Pemakanan “parenteral” awal berbanding lewat untuk bayi cukup bulan tenat dan bayi lewat pramatang

Soalan ulasan: untuk menilai manfaat dan risiko pemakanan intravena awal (dalam tempoh 72 jam selepas kemasukan) berbanding dengan lewat (selepas 72 jam kemasukan) dalam bayi tidak sihat yang cukup bulan (yang lahir pada minggu ke-37 kehamilan atau lebih) dan bayi lewat pramatang (yang dilahirkan di antara minggu ke-34 dan 37 kehamilan).

Latar belakang:apabila bayi kurang sihat yang cukup bulan dan bayi lewat pramatang tidak dapat menahan makanan susu kerana penyakit mereka, adalah penting untuk memberi nutrisi (seperti glukosa, asid amino dan lemak) kepada bayi-bayi ini melalui titisan intravena (tiub yang dimasukkan terus ke dalam vena). Kajian terkini dalam kanak-kanak sakit dan orang dewasa mencadangkan bahawa ia adalah lebih baik untuk memberi hanya glukosa secara intravena pada mulanya dan melambatkan pemberian asid amino dan lemak secara intravena untuk kira-kira seminggu.

Ciri-ciri kajian: ulasan ini mendapati dua kajian kecil yang menilai keberkesanan awal berbanding lewat untuk permulaan intravena untuk asid amino dan lemak dalam bayi cukup bulan. Walau bagaimanapun, keputusan yang berkaitan hanya boleh didapati daripada satu kajian sahaja, dengan bukti terkini sehingga 5 April 2019.

Keputusan utama: kelewatan untuk permulaan nutrisi intravena meningkatkan kelangsungan hidup ketika berada di hospital dan dalam 28 hari pertama kelahiran. Masa nutrisi intravena tidak berkaitan dengan peningkatan risiko yang diperoleh daripada jangkitan aliran darah melalui hospital, pertumbuhan dan tempoh tinggal di hospital. Hasil perkembangan saraf tidak dilaporkan. Walau bagaimanapun, kualiti bukti dianggap rendah kerana saiz sampel adalah sangat kecil dan hasilnya hanya daripada satu kajian sahaja.

Kesimpulan : walaupun terdapat beberapa manfaat daripada kelewatan permulaan pemakanan intravena dalam cukup bulan dan bayi lewat pramatang, kualiti bukti adalah rendah dan justeru, keyakinan kita dalam keputusan adalah terhad. Kajian selanjutnya diperlukan di mana menyiasat masa terbaik untuk memulakan pemakanan intravena dalam bayi baru lahir yang tidak sihat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wendy Yeo Wai Yeng (Perdana University, Malaysia). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save