Clonidine untuk prosedur dan keadaan yang menyakitkan dalam kalangan bayi

Soalan ulasan: Adakah penggunaan clonidine mengurangkan kesakitan di dalam bayi baru lahir yang terdedah kepada prosedur yang menyakitkan atau keadaan yang menyakitkan?

Latar belakang: bayi baru lahir yang dimasukkan ke hospital terdedah kepada beberapa prosedur yang menyakitkan yang mungkin melibatkan pensampelan darah, tebuk lumbar (prosedur perubatan di mana jarum dimasukkan ke dalam terusan tunjang, biasanya untuk mengumpul bendalir serebrospina untuk ujian), tiub ke dalam perut, pelbagai jenis kateter, dan prosedur pembedahan kecil seperti neonatal sirkumsisi. Tambahan daripada itu, bayi yang baru lahir mungkin dalam kesakitan kerana keadaan klinikal, seperti, tulang patah, sakit berikutan trauma melalui kelahiran faraj, penyakit kulit (luka kulit terbuka akibat daripada penyakit kulit yang diwarisi), atau usus (necrotising enterocolitis (keradangan)). Semua bayi, dan terutamanya mereka yang dilahirkan terlalu awal (preterm), adalah sangat sensitif kepada kesakitan. Lebih-lebih lagi, pengalaman episod kesakitan berulang kali mungkin menyebabkan masalah, seperti perubahan pembentukan kepada sistem saraf dalam kehidupan awal dan sesitiviti kesakitan yang semakin meningkat apabila mereka membesar. Kebanyakan ubatan untuk mengawal sakit dan stress di dalam bayi mempunyai kesan sampingan dan mungkin akan menjejaskan tumbesaran otak yang masih tidak matang dengan menggalakkan kematian sel-sel (apoptosis) di dalam otak.

Ciri-ciri kajian Kami mencari kajian yang berkaitan sehingga 11 Mac 2020. Tujuan ulasan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada clonidine mampu mengurangkan kesakitan di dalam kalangan bayi baru lahir. Ubat ini boleh diberikan melalui suntikan, menggunakan tiub dalam perut (tiub nasogastric), melalui kulit, dan sebagai bius tulang belakang. Walau bagaimanapun, kegunaan sebagai bius tulang belakang tersebut bukan fokus ulasan kajian ini kerana ia digunakan untuk bayi yang menjalani prosedur pembedahan tertentu. Clonidine bertindak di otak dengan mengubahsuai tindak balas dan mengurangkan tekanan dan agitasi. Bukan itu sahaja, clonidine mungkin mengurangkan kesakitan, terutamanya jika digunakan dalam kombinasi dengan ubat-ubatan lain.

Keputusan utama: kami mendapati tiada kajian yang dijalankan untuk kegunaan ulasan kami. Tiga kajian telah dikecualikan kerana clonidine diberi sebagai ubat bius tunjang, manakala kajian kami memberi tumpuan kepada indikasi yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information