Prostesis saraf motor untuk memperbaiki aktiviti dan penyertaan orang di dalam persekitaran semula jadi mereka selepas strok

Soalan ulasan

Adakah prostesis saraf motor (MN) berkesan untuk meningkatkan aktiviti dan penyertaan orang dalam persekitaran semula jadi mereka selepas strok?

Latar belakang

Mangsa yang terselamat daripada strok biasanya menghadapi kemerosotan jangka panjang, aktiviti yang terhad, dan penyertaan yang berkurangan. MN terdiri daripada peranti elektronik yang secara elektrik merangsang struktur sistem saraf untuk membantu prestasi aktiviti harian dalam persekitaran semula jadi iaitu tempat orang menjalani kehidupan, sebagai ortosis (peranti yang diletakan pada segmen badan untuk mengoptimumkan kedudukan, atau untuk menghadkan atau membantu pergerakan). Walau bagaimanapun, peranan MN untuk meningkatkan aktiviti dan penyertaan selepas strok adalah tidak jelas.

Ciri-ciri kajian

Pengulas menjumpai empat kajian MN melibatkan seramai 831 peserta yang lebih daripada tiga bulan selepas strok, dengan min umur daripada 53 hingga 64 tahun. Semua peserta dapat berjalan dengan kelajuan dari kurang daripada 0.5 m/s sehingga lebih 0.7 atau pun 0.9 m/s. Kajian yang dimasukkan telah diterbitkan antara 2007 dan 2015 di Amerika Syarikat dan Belanda. Semua kajian yang dimasukkan menggunakan MN yang ditujukan kepada saraf pada kaki (saraf peroneal) untuk menggalakkan pengecutan otot di bahagian depan kaki, dengan itu menghalang 'kejatuhan' kaki kerana kaki itu telah terayun ke hadapan ketika peserta berjalan. MN telah digunakan dari sehingga lapan jam setiap sehari sehingga kegunaan sepanjang hari untuk berjalan di persekitaran semula jadi iaitu tempat orang menjalani kehidupan. Tiga kajian menggunakan peranti MN yang antara pemuka dengan sistem saraf melalui elektrod diletakkan di atas kulit dalam unjuran saraf peroneal di kaki. Hanya satu kajian yang menggunakan peranti boleh ditanam yang rangsangan elektrik dilepaskan secara langsung ke atas saraf oleh elektrod yang diletakkan di bawah lapisan mengelilingi saraf. Semua kajian membandingkan MN denagn buku lali-kaki orthosis (AFO), yang merupakan peranti bantuan yang biasanya diperbuat daripada bahan tegar dan diletakkan di luar pada kaki yang lebih bawah untuk memegang kaki dan buku lali untuk mengelakkan kejatuhan kaki.

Keputusan-keputusan utama

Terdapat bukti yang terhad bahawa orang selepas strok yang menerima MN sebagai ortosis untuk berjalan di rumah atau konteks masyarakat tidak boleh meningkatkan aktiviti yang melibatkan anggota badan seperti kelajuan berjalan di antara 6 dan 12 bulan penggunaan peranti (bukti kepastian-rendah), masa bangun dan pergi (bukti kepastian-sederhana), dan Profil Ambulasi Fungsian Emory diubahsuai (bukti kepastian-rendah); selain daripada skala kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (bukti kepastian-sangat rendah), kapasiti senaman (bukti kepastian-rendah), dan keseimbangan (bukti kepastian-sederhana), berbanding dengan orang selepas strok yang menerima AFO. Terdapat bukti kesan daripada intervensi kawalan (AFO) mencapai kelajuan berjalan yang lebih tinggi selepas enam bulan penggunaan peranti (bukti kepastian-rendah), tetapi bukti ini menunjukkan peningkatan terlalu kecil untuk menyatakan perubahan yang bermakna kepada pesakit, dan apabila pengulas mengecualikan kajian yang melibatkan orang yang menilai hasil menyedari butiran intervensi, kesan ini tidak lagi ditemui. Tidak ada perbezaan kesan pada kelajuan berjalan di antara MN dengan permukaan berbanding MN dengan elektrod yang boleh ditanam. Tiada kajian melaporkan hasil yang berkaitan dengan kebebasan dalam aktiviti kehidupan harian.

Majoriti kajian melaporkan peristiwa buruk seperti rebah dan peristiwa buruk serius yang berkaitan dengan penggunaan peranti, yang didapati serupa untuk MN dan penggunaan AFO (masing-masing bukti kepastian-sederhana dan rendah). Satu kajian dianggap peristiwa buruk serius yang berkaitan dengan penggunaan peranti sebagai rebah yang serius. Lebih ramai orang yang menerima MN menarik diri dari kajian daripada orang yang menerima AFO (bukti kepastian-rendah). Keputusan ulasan ini menunjukkan bahawa sedikit diketahui tentang kesan MN dan maklumat lanjut diperlukan.

Tidak diketahui jika orang kurang daripada tiga bulan selepas strok boleh mendapat manfaat daripada MN digunakan sebagai peranti bantuan untuk menjalankan aktiviti dalam kehidupan seharian. Kesan MN melibatkan kepada anggota atas atau MN yang menggunakan isyarat otak atau otot untuk mencetuskan rangsangan tidak diketahui dalam kalangan orang yang mengalami strok. Pengulas mendapati tiada bukti penilaian kos penyampaian MN.

Bukti kepastian

Bukti kepastiaab adalah dari sederhana hingga sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information