Pencetuskan sokongan pernafasan diafragma-bukan invasif untuk mencegah kegagalan pernafasan dalam pramatang bayi

Soalan ulasan

Dalam bayi pramatang, adakah sokongan pernafasan bukan invasif yang dicetuskan oleh mana-mana cara sokongan pernafasan bukan invasif mencegah kegagalan pernafasan?

Latar belakang

Pencetuskan sokongan pernafasan diafragma-bukan invasif menggunakan isyarat elektrik dari otot bernafas untuk membimbing apabila bayi sedang cuba bernafas. Ini memberikan sokongan bayi yang kedua-duanya masa dengan usaha pernafasan mereka dan mengikut bahagian kepada bagaimana keras mereka bekerja untuk bernafas. Cara ini berpotensi untuk membantu bayi mengelakkan sokongan pernafasan invasif dengan tiub pernafasan. Pada masa kini, status kerbekesanan tidak jelas sama ada terdapat kesan kepada bayi pramatang baik atau buruk.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 15 kajian yang menilai keberkesanan daripada pencetuskan sokongan pernafasan diafragma-bukan invasif dalam bayi mengunakan carian pangkalan data perubatan sehingga 10 Mei 2019. Daripada 15 kajian ini, dua kajian (melibatkan seramai 23 orang bayi pramatang) layak untuk dimasukkan dalam kajian semula. Sepuluh kajian sedang menunggu penerbitan atau sedang dijalankan.

Hasil-hasil utama

Terdapat data yang terhad daripada ujian rawak yang dikawal untuk menentukan kesan sokongan respiratori bukan invasif terhadap hasil yang penting. Kami dapat menyertakan hanya dua ujian rawak kecil yang dikawal dalam kajian semula. Kedua-dua kajian melibatkan bayi beralih dari satu jenis sokongan kepada yang lain dan memberi tumpuan kepada perubahan jangka pendek dalam corak pernafasan.

Kualiti bukti

Kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan yang bermakna dalam tinjauan ini disebabkan oleh data yang terhad dan bukti kualiti yang sangat rendah. Kajian yang lebih besar, berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan sama ada sokongan pernafasan tidak invasif yang dicetuskan boleh mengurangkan risiko kegagalan pernafasan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save