Pembedahan pintasan trabecular ab interno dengan saluran Schlemm Hydrus microstent untuk glaukoma sudut terbuka

Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui apakah pembedahan pintasan Ab interno trabekular dengan mikrostent Hydrus menurunkan tekanan pada mata (tekanan intraokular) bagi orang dengan glaukoma sudut terbuka (OAG). Pengarang ulasan Cochrane mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini, dan menemui tiga kajian yang telah selesai.

Mesej Utama Pada orang yang menghidap katarak dan glaukoma, menjalani rawatan pembedahan katarak dan implan Hydrus boleh meningkatkan jumlah orang yang tidak memerlukan ubat-ubatan (drug) penurun tekanan intraokular (IOP), dan seterusnya dapat mengurangkan IOP berbanding dengan pembedahan katarak sahaja dalam jangka pendek dan sederhana. Di mana Hydrus microstent dibandingkan dengan iStent, microstent mungkin lebih berkesan pada orang dengan OAG. Bukti ini berasal dari kajian mengenai orang di mana IOP sering dikendalikan dengan baik dengan ubat-ubatan, dan OAG mereka ringan atau sederhana.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Glaukoma adalah keadaan mata yang biasa terjadi dan boleh menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat. Pada glaukoma, saraf optik (yang menghubungkan mata ke otak) rosak, sering disebabkan oleh peningkatan tekanan pada mata akibat pengumpulan cairan. Pembedahan pintasa Ab interno trabecular dengan Hydrus microstent adalah sejenis pembedahan di mana doktor menanamkan Hydrus (alat kecil yang membuka saluran di saluran cecair utama yang disebut Schlemm's) dan meningkatkan aliran cecair melalui saluran ini. Ini boleh menyebabkan tekanan mata lebih rendah dan kemungkinan kerosakan pada saraf optik lebih rendah. Jenis pembedahan ini kurang invasif, dan boleh menyebabkan komplikasi lebih sedikit dan masa penyembuhan lebih cepat daripada jenis pembedahan lain untuk glaukoma.

Apa hasil utama ulasan ini?
Dua kajian (653 peserta dengan katarak dan glaukoma sudut terbuka) mendapati bahawa bahagian orang yang tidak menggunakan ubat penurun IOP pada dua tahun adalah sekitar separuh bagi mereka yang menjalani pembedahan katarak sahaja, dan lebih daripada tiga perempat jika Hydrus microstent juga ditanam semasa pembedahan katarak; bukti ini mempunyai kepastian sederhana kerana masalah dengan kualiti kajian. Kira-kira satu daripada 30 atau 50 peserta memerlukan pembedahan glaukoma lanjutan setelah pembedahan katarak sahaja, berbanding satu dari 100 atau kurang ketika Hydrus microstent ditambahkan; bukti ini kurang pasti, kerana masalah dengan kualiti kajian dan sebilangan kecil pembedahan glaukoma.

Kajian lain (152 peserta dengan glaukoma sudut terbuka) membandingkan implan Hydrus dengan implan iStent (tiub kecil yang ditanamkan ke dalam sistem saliran mata, yang dikenali sebagai jejaring trabekular, yang memungkinkan cairan mengalir di saluran Schlemm) selama satu tahun. Kajian mendapati bahawa penggunaan mikrostent Hydrus hampir dua kali ganda jumlah orang tidak menggunakan ubat penurun IOP pada tahun satu, dari sekitar seperempat hingga hampir setengah; bukti ini kurang pasti, kerana masalah dengan kualiti kajian dan bilangan pesewrta yang kecil. Pembedahan glaukoma lanjutan sangat jarang diperlukan pada kedua-dua kumpulan.

Semua kajian yang dimasukkan telah ditaja oleh pengilang Hydrus Ivantis Inc.

Penggunaan implan Hydrus mungkin selamat dalam kajian ini, tetapi kajian yang lebih besar dan tindakan lanjut yang lebih lama mungkin diperlukan untuk menyiasat kejadian buruk yang sangat jarang berlaku atau kejadian buruk jangka panjang. Bukti ini berasal dari kajian mengenai orang di mana IOP sering dikendalikan dengan baik dengan ubat-ubatan, dan ujian lebih lanjut diperlukan untuk peserta dengan glaukoma yang tidak terkawal.

Adakah ulasan ini terkini?
Penulis Ulasan Cochrane telah mencari kajian-kajian yang telah diterbitkan sehingga 7 Mei 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca Siswazah, IMMB, Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information