Penggunaan pencegahan defibrilator jantung pada orang yang mempunyai fungsi jantung yang lemah.

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk membandingkan manfaat dan bahaya penggunaan dengan tidak menggunakan peranti implan yang memulihkan dengupan jantung (implan cardioverter-defibrillator (ICDs)) sebagai tambahan kepada ubat-ubatan kepada orang dengan penyakit jantung bukan iskemik.

Mesej utama

Penggunaan ICD sebagai tambahan kepada ubatan dalam kalangan individu dengan penyakit jantung bukan iskemik untuk mengurangkan kadar kematian apabila dibandingkan dengan tidak menggunakan peranti tersebut.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Fungsi jantung yang lemah mengurangkan kapasiti jantung untuk mengepam darah secukupnya kepada sistem organ yang lain dalam badan manusia. Hal ini demikian kerana saluran darah tidak mencukupi unutk membekalkan darah kepada otot-otot jantung (iskemik) atau sebab yang lain (tidak iskemik). Kedua-duanya akan menyebabkan pesakit berisiko tinggi untuk kematian yang tiba-tiba. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan risiko sama ada melalui perubatan ataupun melalui implan ICD.

Kajian yang sedia ada menunjukkan bahawa pencegahan melalui penggunaan ICD untuk pesakit kategori pertama (Iskemik) mengurangkan kadar kematian. Perbezaannya, satu kajian besar yang baru diterbitkan menunjukkan tiada apa-apa manfaat kepada pesakit kategori kedia (tidak iskemik).

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Dalam ulasan ini, kami mensintesis keputusan enam ujian klinikal yang utama yang dikenal pasti melalui pencarian yang luas untuk lebih memahami keberkesanan ICD pada pesakit dengan penyakit jantung bukan iskemik. Kajian-kajian ini melibatkan sebanyak 3128 peserta.

Kami mendapati bukti kepastian tinggi yang menunjukkan bahawa penggunaan alat-alat ini (berbanding tidak digunakan) terhadap orang dengan berpenyakit jantung tanpa-iskemia mengurangkan risiko mati dari sebarang sebab dan mati secara tiba-tiba. Terdapat bukti kepastian sederhana yang menunjukkan bahawa oran yang menggunakan peranti sedemikian mungkin mempunyai lebih banyak komplikasi daripada yang tidak menggunakan peranti ini. Bukti terkini menunjukkan bahawa menambahkan terapi ICD mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada kualiti hidup berbanding dengan tidak menambahnya, tetapi kejutan elektrik daripada ICDs akan merosotkan kualiti hidup.

Sehingga bilakah ulasan ini dikemaskini?

Kami telah mencari kajian yang diterbitkan sehingga 10 Oktober 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Manisha Coran (RCSI-UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi manisha@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save