Pitavastatin untuk menurunkan lipid

Soalan ulasan

Bagaimana dos pitavastatin yang berbeza mempengaruhi lemak dalam darah kita?

Latar belakang

Pitavastatin adalah statin terbaru di pasaran. Kami tidak mengetahui kesan dos yang berbeza pada jumlah lemak dalam darah kami.

Carian tarikh

Kami melihat penyelidikan sehingga Mac 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian rawak (RCT) berkualiti tinggi dan kajian sebelum dan selepas dengan pitavastatin dalam ukuran dos yang berbeza. Kajian-kajian berlangsung antara tiga hingga 12 minggu.

Peserta dalam kajian-kajian terdiri dari sebarang umur dan jantina, dengan atau tanpa penyakit kardiovaskular.

Keputusan utama

Orang yang mengambil 1 mg hingga 16 mg pitavastatin sehari menurunkan kolesterol LDL mereka daripada 33.3% sehingga 54.7%. Semakin tinggi dos, semakin rendah tahap ukuran kolesterol. Peningkatan purata kolesterol HDL untuk semua dos adalah 4%.

Untuk menurunkan kolesterol LDL, pitavastatin 6 kali lebih kuat daripada atorvastatin, 1.7 kali lebih kuat daripada rosuvastatin, 77 kali lebih kuat daripada fluvastatin dan 3.3 kali lebih lemah daripada cerivastatin.

Dalam RCTS, tidak ada seorang pun daripada 109 orang dalam kumpulan plasebo dan tiga daripada 262 orang dalam kumpulan pitavastatin berhenti kerana kesan buruk.

Kepastian bukti

Terdapat tahap kepercayaan yang tinggi terhadap kesan pitavastatin pada jumlah kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserida.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information