Perkhidmatan susulan bagi mempertingkatkan kehidupan pesakit unit rawatan rapi (ICU) secara jangka panjang.

Apakah matlamat ulasan ini?

Banyak orang yang terselamat dari unit rawatan rapi (ICU), tetapi mereka lebih cenderung untuk mengalami kesan fizikal dan psikologikal yang dipercayai akan menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Perkhidmatan susulan ialah perkembangan yang baharu dalam sektor kesihatan. Perkhidmatan ini merangkumi konsultasi dengan pekerja kesihatan dan bertujuan untuk mengenal pasti dan menangani kesan-kesan yang diwujudkan selepas pengeluaran daripada ICU. Perkhidmatan ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan penjagaan standard (yang tidak menggunakan perkhidmatan susulan). Tujuan Kajian Cochrane ini adalah untuk mengetahui keberkesanan perkhidmatan ini dalam kalangan orang yang dikeluarkan dari ICU. Kami mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menjumpai empat kajian yang berkaitan.

Mesej-mesej utama.

Keseluruhannya, kami mendapati bahawa kajian-kajian yang dianalisis menggunakan reka bentuk perkhidmatan susulan yang berlainan. Oleh sebab itu, kebolehpercayaan dalam keberkesanan perkhidmatan susulan ICU adalah terhad. Kami mendapati bahawa tiada bukti tentang peningkatan kualiti hidup, kebimbangan, kemurungan, penyakit stres trauma (PTSD), atapun fungsi fizikal dan mental seseorang yang baru dikeluarkan daripada ICU dengan menggunakan perkhidmatan susulan. Kami tidak menjumpai bukti tentang pengurangan kematian pesakit yang kembali bekerja selepas 12 bulan pengeluran daripada ICU.

Semasa kami mencari bukti dalam penerbitan, kami menemui lima kajian yang sedang dijalankan. Kajian-kajian ini tidak dimasukkan ke dalam ulasan ini tetapi akan dimassukan ke dalam ulasan masa depan. Hal ini akan meningkatkan kebolehpercayaan bukti dan juga keyakinan kami dalam memastikan keberkesanan perkhidmatan susulan ICU.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kami mengaji beberapa kesan fizikal dan psikologi yang mungkin dihadapi oleh pesakit selepas mereka berada di ICU yang mungkin menjejaskan kualiti hidup mereka. Contoh yang berkaitan termasuk kebimbangan dan kemurungan, atau PTSD. Kami menilai sama ada kesan-kesan ini dapat ditingkatkan jika perkhidmatan susulan digunakan.

Apakah keputusan-keputusan utama dalam kajian ini?

Kami menjumpai empat kajian rawak yang melibatkan 1297 orang peserta dan juga satu kajian bukan rawak yang melibatkan 410 orang peserta. Kajian-kajian tersebut dijalankan di Denmark, Germany, Sweden, UK dan USA. Peserta-peserta kajian ini menghadapi pelbagai penyakit di dalam ICU dan keterukan penyakit mereka adalah berbeza. Satu kajian lagi melibatkan hanya peserta yang menghadapi masalah sepsis.

Kami memasukkan kajian yang membandingkan perkhidmatan susulan yang diberikan selepas penginapan di ICU dengan penjagaan standard (yang tidak menyediakan perkhidmatan susulan). Perkhidmatan susulan dijalankan oleh jururawat dalam empat kajian. Dalam kajian yang kelima, perkhidmatan susulan ini dijalankan oleh pasukan multi-disiplin (jururawat, doktor, dan ahli fisioterapi). Perundingan diberikan secara bersemuka di rumah atau di klinik, atau dijalankan dengan telefon, atau kedua-duanya. Peserta-peserta sering menggunakan lebih daripada satu konsultasi sebagai sebahagian daripada perkhidmatan susulan. Terdapat dua kajian di mana perserta-peserta menggunakan konsultasi sebanyak lapan kali. Walaupun reka bentuk konsultasi perkhidmatan susulan berbeza dalam setiap kajian, kami mendapati bahawa setiap perkhidmatan merangkumi penilaian keperluan peserta dengan rujukan kepada sokongan daripada pakar kesihatan jika diperlukan.

Kami mendapati bahawa perkhidmatan susulan mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan dalam kualiti hidup dan kesihatan pesakit selama 12 bulan selepas mereka tinggal di ICU (1 kajian; 286 peserta; bukti berkualiti rendah). Perkhidmatan susulan ini juga mungkin membawa sedikit atau tiada perbezaan dalam bilangan kematian pesakit selepas 12 bulan (5 kajian; 1707 peserta; bukti berkualiti sederhana). Perkhidmatan susulan boleh mendatangkan sedikit atau tiada perbezaan dalam penyakit PTSD (3 kajian; 703 peserta; bukti berkualiti rendah).

Kami tidak yakin dengan bukti yang ada sama ada penggunaan perkhidmatan susulan dapat mengurangkan kemurungan dan kebimbangan (3 kajian; 843 peserta), fungsi fizikal (4 kajian; 1297 peserta), fungsi kognitif (4 kajian; 1297 peserta), atau meningkatkan keupayaan untuk kembali ke tempat kerja atau pendidikan (1 kajian; 386 peserta); kami menilai bukti ini sebagai bukti yang berkualiti rendah. Tiada kajian yang mengukur kesan sampingan perkhidmatan susulan ini.

Kami berharap dapat melihat perbezaan dalam pembandingan jenis perkhidmatan susulan ICU dan kemungkinan seseorang dalam menghadapi kecelaruan supaya kami dapat memperoleh lebih banyak maklumat tentang kebaikan gaya perkhidmatan yang berbeza dan kegunaan perkhidmatan ini kepada orang yang mengalami masalah yang berbeza. Namun demikian, kami tidak menjumpai kajian yang cukup untuk melihat perbezaan tersebut.

Sejauh manakah ulasan ini telah dikemaskinikan?

Kami mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga November 2017

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information
Share/Save