Melatonin untuk memperbaik tidur di unit penjagaan intensif

Latar belakang

Pesakit di unit penjagaan intensifi (ICU) mengalami tidur yang kurang baik. Ini mungkin disebabkan oleh aras hingar tinggi yang berterusan dan pencahayaan 24 jam di ICU, serta peningkatan dan aktiviti penjagaan pesakit yang mengganggu (seperti mengukur tekanan darah, nadi, dan suhu; mengambil sampel darah; memberi ubat, dll.). Kekurangan tidur mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Adalah diterima tidur adalah keperluan esensial untuk kesihatan yang baik. Tidur mempunyai fungsi pemulihan, dan bagi mereka yang sakit kritikal, ia dianggap dapat memperbaik penyembuhan dan survival. Pesakit merasa kualiti tidur mereka kurang baik semasa di ICU. Melatonin adalah hormon yang terhasil dalam badan untuk mengatur kitaran tidur harian dan berjaga. Cahaya buatan pada waktu malam di ICU boleh mempengaruhi penghasilan semulajadi melatonin oleh tubuh, dan ini mungkin mempengaruhi kitaran tidur dalam kalangan pesakit kritikal.

Soalan ulasan

Untuk menilai sama ada melatonin memperbaik kuantiti dan kualiti tidur orang dewasa di ICU serta memperbaik kesihatan fizikal dan psikologi.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga September 2017. Kami sertakan empat kajian dengan 151 peserta dalam ulasan ini. Semua peserta adalah pesakit kritikal dan berada di ICU. Semua kajian membandingkan melatonin dengan tiada agen (satu bahan tidak aktif yang disebut plasebo), atau dengan penjagaan biasa.

Keputusan utama

Kami tidak menggabungkan data dari empat kajian yang disertakan. Tiga kajian mengguna jururawat dan peserta untuk menilai tidur dan melaporkan tiada perbezaan dalam kualiti dan kuantiti tidur. Dua kajian mengguna peralatan untuk mengukur kualiti dan kuantiti tidur, dan salah satu kajian ini melaporkan tiada perbezaan dalam efisiensi tidur (berapa baik seseorang tidur pada waktu malam) menurut penggunaan melatonin dan berdasarkan beberapa analisis, bukti ‘tidur lebih baik’ untuk mereka yang diberi melatonin. Satu kajian melaporkan masalah dengan peralatan yang menyebabkan kehilangan data. Satu kajian melaporkan tiada perbezaan keresahan, mortaliti atau tempoh tinggal di ICU. Kami melihat beberapa kesan sampingan potensi melatonin (sakit kepala dalam seorang peserta dan rasa mengantuk berlebihan dalam peserta lain).

Kualiti bukti

Kami catatkan perbezaan antara kumpulan dalam dos melatonin dan dua kajian melaporkan perbezaan antara kumpulan dengan ciri-ciri peserta yang mungkin telah mempengaruhi keputusan. Satu kajian mengalami kehilangan banyak data dan satu lagi kajian lain tidak menggunakan ubat anestetik standard untuk sedasi pesakit. Beberapa kajian menggunakan peralatan yang sesuai untuk mengukur kuantiti tidur. Kami mendapati kurang kajian dengan beberapa peserta yang menilai hasil ulasan kami. Kami menilai kualiti semua bukti sebagai sangat rendah, dan kami tidak dapat pastikan sama ada melatonin yang diberi kepada orang dewasa di ICU memperbaik kuantiti dan kualiti tidur. Kami mendapati lima kajian yang sedang berlangsung dalam pangkalan data dan daftar carian kajian klinikal . Inklusi kajian-kajian ini dalam ulasan kemaskini akan memberi lebih kepastian untuk hasil ulasan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information