Imunoterapi mengandungi antibodi anti-GD2 untuk orang dengan neuroblastoma berisiko tinggi yang dirawat dengan pemindahan sel stem haematopoietik autologous

Soalan ulasan

Pengulas mencari kajian mengenai orang dengan neuroblastoma berisiko tinggi yang menerima kemoterapi dos tinggi (yang membunuh sel stem) diikuti dengan pemindahan autologus (dari orang yang sama) sel stem hematopoietik (prekursor sel darah) (untuk menyelamatkan dan mengganti sel stem yang terbunuh). Pengulas mengkaji bukti mengenai kesan imunoterapi yang mengandungi antibodi anti-GD2 berbanding terapi standard pada orang tersebut terhadap kelangsungan hidup keseluruhan, kematian yang berkaitan dengan rawatan, kelangsungan hidup tanpa perkembangan, kelangsungan hidup tanpa peristiwa, ketoksikan awal, ketoksikan bukan hematologi lewat, dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan.

Latar belakang

Neuroblastoma adalah satu bentuk kanser yang jarang berlaku terutamanya pada kanak-kanak. Penyakit berisiko tinggi dicirikan oleh metastasis pada diagnosis dan ciri-ciri tumor primer lain yang mengakibatkan peningkatan risiko untuk hasil yang buruk. Antigen karbohidrat GD2 diekpresikan pada permukaan sel tumor neuroblastoma dan dengan demikian merupakan sasaran yang berpotensi untuk imunoterapi mengandungi antibodi anti-GD2.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga 20 September 2018. Pengulas memasukkan satu percubaan rawak tunggal (sejenis kajian dengan para peserta diletakkan ke satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan menggunakan kaedah rawak) dengan 113 orang diperuntukkan untuk imunoterapi termasuk isotretinoin, faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF), interleukin-2, dan ch14.18, sejenis antibodi anti-GD2 yang berbeza juga dikenali sebagai dinutuximab. Seali itu, 113 orang lagi diperuntukkan untuk menerima terapi standard termasuk isotretinoin.

Keputusan utama

Keputusan ke atas keseluruhan kelangsungan hidup dan kelangsungan hidup tanpa peristiwa lebih memihak kepada kumpulan imunoterapi yang mengandungi dinutuximab. Hasil lain termasuk kejadian buruk tidak dilaporkan dengan secukupnya; lebih banyak kajian diperlukan sebelum kesimpulan yang pasti dapat dibuat mengenai hasil ini.

Kualiti bukti

Pengulas menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah, IMMB, Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information