Penambahbaikan implementasi polisi dan amalan yang menggalakkan pelaksaan aktiviti kesihatan di tempat kerja

Soalan ulasan

Strategi pelaksanaan bertujuan untuk menambahbaik penggunaan dan integrasi intervensi kesihatan yang berlandaskan bukti ke dalam polisi dan amalan rutin ke dalam persekitaran yang spesifik. Ulasan ini meneliti samada penggunaan strategi-strategi ini menambahbaik implementasi polisi dan amalan di tempat kerja yang menggalakkan pemakanan sihat, aktiviti fizikal, kawalan berat badan, berhenti menggunakan tembakau dan pencegahan pengambilan alkohol yang berisiko. Kami juga ingin mengetahui adakah strategi-strategi ini mengubah tingkah laku kesihatan pekerja, atau menyebabkan kesan yang tidak diingini, dan kos efektif.

Latar belakang

Tempat kerja merupakan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan program yang bertujuan menambahbaik tingkah laku berkaitan kesihatan seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan penggunaan tembakau, kerana orang dewasa menghabiskan masa yang panjang berkerja setiap hari. Bagaimanapun, jenis intervensi berlandaskan tempat kerja ini selalunya lemah daripada segi implementasi, menyebabkan potensi impak yang terhad ke atas kesihatan pekerja. Mengenalpasti strategi-strategi yang berkesan dalam menambahbaik pelaksanaan intervensi berlandaskan tempat kerja yang berpotensi untuk meningkatkan impaknya ke atas pencegahan penyakit kronik.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian yang membandingkan strategi-strategi untuk menyokong implementasi polisi dan amalan yang menggalakkan amaln kesihatan di tempat-tempat kerja kepada samada tiada strategi implementasi atau strategi implementasi yang berbeza. Strategi-strategi implementasi antara lain termasuk inisiatif penambahbaikan kualiti, pendidikan, dan latihan. Tumpuan adalah kepada polisi atau amalan yang dilaksanakan secara terus di tempat kerja (contoh, polisi penyediaan makanan sihat di tempat kerja), juga usaha-usaha berlandaskan tempat kerja untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan luar yang mempromosi isu kesihatan (contoh, subsidi keahlian gim bagi kakitangan).

Kami menemui enam kajian yang layak bagi mengkaji strategi-strategi ini. Kebanyakkannya dijalankan di USA, dan tempat-tempat kerja adalah di sektor-sektor pembuatan, industri dan berlandaskan perkhidmatan. Bilangan tempat-tempat kerja yang diteliti dalam kajian adalah antara 12 hingga 114. Strategi-strategi implementasi dalam enam kajian tertumpu kepada polisi-polisi dan amalan-amalan tempat kerja yang berbeza: penyediaan makanan sihat; pelabelan nutrisi di tempat belian; papan tanda persekitaran dan sokongan untuk pemakanan sihat dan aktiviti fizikal; polisi-polisi kawalan tembakau; pembiayaan program pengurusan berat badan kakitangan; dan kepatuhan kepada garispanduan kebangsaan untuk promosi kesihatan kakitangan. Semua kajian menggunakan beberapa strategi untuk menambahbaik implementasi polisi-polisi dan amalan-amalan ini, termasuk: perjumpaan bertujuan pendidikan, intervensi diubah untuk keperluan spesifik di tempat kerja, dan proses-proses tempat kerja yang dipersetujui bagi mengimplementasi sesuatu polisi atau amalan. Empat kajian membandingkan strategi-strategi implementasi kepada tiada intervensi, satu kajian membandingkan implementasi strategi-strategi yang berbeza, dan satu kajian membandingkan dua strategi implementasi antara satu sama lain dan kawalan. Penyelidik-penyelidik menggunakan soal-selidik, audit dan pemerhatian di tempat-tempat kerja untuk menilai kesan strategi ke atas implementasi polisi-polisi dan amalan-amalan tempat kerja.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 31 Ogos 2017.

Keputusan-keputusan utama

Apabila kami menggabungkan penemuan-penemuan daripada tiga kajian, kami tidak menemui apa-apa perbezaan dalam tahap implementasi polisi-polisi atau amalan-amalan menggalakkan kesihatan antara tempat-tempat kerja yang menerima sokongan implementasi strategi berbanding dengan yang tidak, menunjukkan bahwa strategi-strategi ini mungkin mendatangkan sedikit hingga tiada perbezaan. Dalam dua kajian yang membandingkan strategi implementasi yang berbeza, kedua-duanya melaporkan penambahbaikan dalam implementasi, memihak lebih kepada kumpulan sokongan implementasi yang lebih intensif. Penemuan bagi kesan ke atas tingkah laku kesihatan pekerja adalah tak konsisten dan berdasarkan kepada bukti yang sangat rendah hingga rendah kepastiannya, yang demikian adalah tidak jelas samada strategi-strategi implementasi telah menambahbaik keputusan-keputusan tersebut. Satu daripada kajian yang dimasukkan melaporkan kos, dan tidak ada kesan-kesan yang tidak diingini hasil dari strategi-strategi implementasi.

Kepastian bukti

Bilangan kajian yang dimasukkan adalah kecil, dan terminologi yang tak konsisten digunapakai bagi menjelaskan strategi implementasi, telah membataskan kekuatan bukti. Kami mengkadarkan kepastian bukti sebagai rendah bagi kesan strategi implementasi ke atas polisi dan implementasi amalan, berdasarkan kepada empat kajian yang rawak (di mana kumpulan telah ditentukan secara rawak kepada kumpulan kajian yang berbeza), dan sangat rendah berdasarkan atas dua kajian yang tidak rawak. Kami juga menggred bukti keputusan ke atas tingkah laku kesihatan pekerja dan kos sebagai rendah dan sangat rendah. Penemuan ulasan tidak memberikan bukti jelas mengenai impak strategi ke atas implementasi polisi yang menggalakkan amalan tempat kerja yang sihat ke atas polisi atau amalan ataupun tingkah laku kesihatan pekerja. Penyelidikan lanjutan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save