Maklum balas video untuk kepekaan ibu bapa dan ikatan anak

Latar belakang

Anak-anak yang rapat dengan sekurang-kurangnya satu ibu/ bapa boleh ditenangkan oleh ibu/bapa itu apabila mereka merasa tertekan dan lebih mampu untuk meneroka dunia dengan yakin dengan menggunakan ibu/bapa itu sebagai 'landasan selamat'. Kajian menunjukkan bahawa ikatan yang selamat membolehkan kanak-kanak berfungsi dengan lebih baik dalam semua aspek perkembangan mereka. Oleh itu, mempromosikan ikatan yang selamat adalah satu matlamat bagi pelbagai program yang bertujuan untuk menyokong anak-anak dan keluarga dalam beberapa tahun pertama kehidupan anak itu. Maklum balas video melibatkan menunjukkan detik ibu bapa mengenai interaksi yang dirakamkan melalui video antara mereka dan bayi mereka, untuk menguatkan sensitiviti mereka terhadap isyarat daripada bayi mereka, dengan tujuan untuk meningkatkan ikatan.

Soalan ulasan

Untuk menilai kesan maklum balas video terhadap kepekatan ibu bapa dan ikatan yang selamat dalam kanak-kanak di bawah lima tahun yang berisiko mendapat hasil yang buruk, berbanding dengan tiada intervensi (tanpa rawatan), perlakuan palsu (seperti panggilan telefon) atau rawatan seperti biasa.

Kajian yang dimasukkan

Ulasan ini merangkumi 22 kajian, yang terdiri daripada 1889 pasangan ibu bapa-anak atau unit keluarga yang dirawakkan. Tidak semua data ini dapat digabungkan dalam analisis meta (kaedah statistik menggabungkan data dari beberapa kajian untuk mencapai satu kesimpulan yang lebih kuat). Kami menggabungkan data dari 20 kajian (terdiri daripada 1757 pasangan ibu bapa-anak) untuk mengkaji kesan maklum balas video terhadap kepekaan ibu bapa. Kami menggabungkan data dari sedikit kajian untuk melihat keselamatan ikatan, tekanan ibu bapa, kegelisahan ibu bapa dan tingkah laku anak.

Kajian yang disertakan kebanyakannya dilakukan di Kanada, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Kajian tunggal dilakukan di Itali, Jerman, Lithuania, Norway dan Portugal.

Hampir semua kajian melaporkan beberapa bentuk dana luaran, baik dari organisasi amal (n = 7) dan / atau badan awam (n = 18).

Keputusan

Keputusan menunjukkan bukti peningkatan kepekaan ibu bapa berikutan penggunaan maklum balas video. Hasil untuk ikatan keselamatan adalah bercampur: satu meta-analisis menunjukkan bahawa kumpulan intervensi terikat dengan lebih selamat, sementara meta-analisis kedua, yang mengukur kekuatan ikatan dengan cara yang berbeza, tidak menunjukkan kesan bukti. Tiada bukti kesan terhadap kegelisahan atau tekanan ibu bapa. Tidak ada kajian yang mengukur fungsi reflektif ibu bapa. Tidak ada bukti kesan terhadap tingkah laku anak.

Kepastian kajian

Kami menilai kepastian keseluruhan bukti (sejauh mana kami percaya bahawa hasilnya adalah betul atau mencukupi) sebagai sederhana untuk kepekaan ibu bapa, dan rendah atau sangat rendah untuk hasil yang lain. Ini bererti kami cukup yakin bahawa maklum balas video meningkatkan kepekaan ibu bapa dalam jangka pendek, tetapi kami tidak begitu pasti kesannya terhadap penemuan kami yang lain.

Kesimpulan penulis

Maklum balas video mungkin merupakan kaedah yang berguna untuk meningkatkan kepekaan ibu bapa, tetapi kini terdapat sedikit atau tiada bukti bahawa ia dapat meningkatkan keselamatan ikatan anak, tekanan ibu bapa, kegelisahan ibu bapa atau tingkah laku anak. Lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan tentang kesan maklum balas video terhadap hasil lain, termasuk fungsi reflektif ibu bapa, dan dalam kalangan para bapa.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Faliq Adeeba Wan Ibrahim. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my-

Tools
Information
Share/Save