Rawatan untuk mencegah kekambuhan jangkitan dengan pada orang dengan fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami menyemak bukti tentang kesan rawatan yang diberikan kepada orang yang mempunyai fibrosis sistik (CF) untuk mencegah jangkitan bakteria yang dipanggil Pseudomonas aeruginosa (PA) selepas ia dirawat dengan baik.

Latar belakang

Orang dengan CF sering mengalami jangkitan paru-paru yang teruk. Jangkitan ini mungkin disebabkan oleh bakteria yang tidak menyebabkan penyakit pada orang yang sihat, seperti PA. PA adalah jangkitan penting dalam CF kerana jika ia tidak dirawat lebih awal, ia tidak dapat dibersihkan daripada paru-paru (disebut PA kronik). Apabila ia tidak dapat dibersihkan dari paru-paru, ia menyebabkan kerosakan berterusan pada tisu paru-paru serta jangkitan paru-paru yang lebih teruk. Orang yang mengidapi CF yang mempunyai PA kronik mungkin lebih tidak sihat daripada yang tidak.

Rawatan awal boleh menghilangkan PA dari paru-paru orang dengan CF, tetapi jangkitan boleh berlaku sekali lagi dan sukar untuk mencegah. Kami ingin tahu jika memberikan rawatan tambahan selepas PA telah berjaya dirawat, boleh memanjangkan masa untuk jangkitan seterusnya. Rawatan itu boleh menjadi antibiotik atau rawatan lain, contohnya sesuatu yang membantu sistem imun seseorang melawan PA.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 21 Ogos 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami telah melibatkan satu kajian rawak terkawal dengan 306 peserta. Hanya 253 orang ini telah berjaya merawat PA dan boleh dimasukkan dalam ulasan kami. Terdapat hanya kanak-kanak dalam kajian yang berumur antara satu dan 12 tahun; 51% adalah perempuan. Kajian membandingkan rawatan dengan satu bulan antibiotik yang disedut setiap tiga bulan ('rawatan berkitar') dengan rawatan antibiotik yang diberikan hanya apabila orang itu didapati mempunyai PA ('rawatan berasaskan kultur'). Orang telah dipilih secara rawak untuk sama ada rawatan berasaskan kitaran atau kultur. Kajian itu mengikuti perkembangan orang-orang dengan purata 70 minggu.

Hasil-hasil utama

Mengambil kira kepastian bukti, kami percaya bahawa masa untuk pengasingan PA seterusnya mungkin lebih pendek dengan terapi berkitar daripada dengan terapi berasaskan kultur. Kami mendapati bahawa PA berulang dalam suku peserta dalam kumpulan berasaskan kultur pada 249 hari tetapi dalam kumpulan berkitar yang mengambil masa 505 hari; memberikan rawatan kitaran dua kali ganda kepada jangkitan baru dengan PA berbanding dengan rawatan berasaskan kultur. Ini bertentangan dengan penerbitan utama untuk satu-satunya kajian yang disertakan, yang melihat kadar kultur PA yang positif dan bukannya masa untuk jangkitan baru PA dan memasukkan peserta yang tidak layak dimasukkan dalam ulasan ini. Tidak ada perbezaan antara kumpulan dalam: fungsi paru-paru (ukuran seberapa baik paru-paru seseorang bekerja); dalam bilangan orang yang mempunyai jangkitan paru-paru; dalam perubahan ketinggian dan berat dari awal hingga akhir kajian; dalam berapa banyak orang mengambil semua dos ubat; dalam berapa banyak orang yang mengalami jangkitan dengan bakteria baru; atau berapa banyak orang yang mempunyai komplikasi serius. Kajian tersebut tidak memberikan maklumat berkenaan kesan kedua-dua rawatan terhadap kualiti hidup individu, masa sehingga perkembangan PA kronik atau keberkesanan kos rawatan.

Kualiti bukti kajian

Kualiti untuk kebanyakan bukti adalah sederhana. Memandangkan kajian hanya merangkumi kanak-kanak, kami tidak dapat memastikan sama ada rawatan kitaran akan mempunyai kesan yang sama pada remaja atau dewasa dengan CF. Kajian lanjut termasuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak diperlukan untuk membantu menjawab soalan. Kajian yang dirancang untuk menjawab soalan ini amat diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information