Penghantaran nutrisi (makanan) kepada orang dewasa yang mengalami sakit kritikal selain daripada orang yang makan dan menelan makanan / nutrisi

Latar belakang

Orang dewasa yang dalam keadaan kritikal di unit rawatan intensif (ICU) akan menghadapi peningkatan risiko kekurangan zat makanan kerana tubuh badan bertindak balas terhadap penyakit atau kecederaan serius dengan meningkatkan kadar metabolisme. Walau bagaimanapun, rutin makan seseorang mungkin terganggu kerana mereka tidak sedar atau terlalu sakit untuk menyuap makanan atau makan secara normal. Ini bermakna cara alternatif untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi harus digunakan. Seseorang individu mungkin diberi nutrisi buatan dalam tiga cara: pemakanan enteral (melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perut atau usus kecil; pemakanan parenteral (melalui tiub dimasukkan ke dalam vena di mana nutrien memasuki aliran darah secara langsung) atau dengan gabungan kedua-dua laluan. Kajian ini membezakan tentang kesan laluan ini.

Ciri-ciri kajian

Bukti-bukti adalah terkini sehingga 3 Oktober 2017. Kami sertakan 25 kajian dengan 8816 peserta yang mengalami masalah trauma, kecemasan, medikal atau posturgical dan berada di ICU. Lapan belas kajian sedang menunggu klasifikasi (kerana kita tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk menilai mereka), dan tiga kajian sedang dijalankan. Kajian yang dimasukkan membezakan pemakanan enteral dengan pemberian parenteral, atau dengan gabungan enteral dan parenteral.

Keputusan utama

Kajian melaporkan bilangan orang yang meninggal dunia dari sebarang sebab pada masa yang berbeza. Kami tidak mendapat bukti bahawa pemberian makanan enteral berbanding pemberian parenteral atau dibandingkan dengan gabungan laluan mungkin mengurangkan jumlah kematian di hospital, dalam masa 90 hari dan 180 hari. Kami mendapat bukti dari tiga kajian kecil bahawa tidak banyak kematian berlaku dalam masa 30 hari apabila diberi makan melalui laluan enteral dan parenteral. Tiada kajian melaporkan jumlah hari bebas ICU sehingga hari ke 28 (iaitu tempoh tinggal di ICU dengan mengambil kira kehilangan peserta yang dijangkakan melalui kematian) dan satu kajian melaporkan bahawa laluan makanan tidak memberi kesan kepada jumlah hari bebas ventilator.

Kami tidak mendapat bukti bahawa pemberian makanan enteral berbanding pemberian parenteral meningkatkan atau mengurangkan kes aspirasi (kemasukan bahan seperti makanan dari sistem pencernaan ke paru-paru) atau radang paru-paru (bengkak tisu dalam satu atau kedua-dua paru-paru biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria). Nutrisi enteral mungkin dapat mengurangkan sepsis (keadaan yang mengancam nyawa yang timbul apabila tindak balas badan terhadap jangkitan menyebabkan kecederaan pada tisu dan organnya sendiri), walaupun bukti didapati dari kajian orang yang mempunyai keadaan yang berbeza (seperti trauma, perubatan, atau keadaan posturgical) . Kami mendapati kurang peserta muntah jika mereka diberi makan cara parenteral dan bukannya cara makan enteral, walaupun kajian dan peristiwa yang dilaporkan adalah sangat sedikit.

Kepastian bukti

Mustahil bagi para penyelidik untuk menyelia kakitangan ICU dengan jenis laluan makan, yang mungkin telah menimbulkan penemuan yang bias, dan penulis kajian tidak melaporkan kaedah pembelajaran yang baik dan konsisten. Individu dalam setiap kajian mempunyai pelbagai jenis penyakit kritikal (seperti trauma, perubatan, atau keadaan pospembedahan) yang mungkin memberi kesan kepada bagaimana mereka memberi respons kepada jenis laluan makan, dan terdapat data yang terhad untuk kebanyakan ukuran kami. Kami percaya bahawa kepastian bukti adalah rendah atau sangat rendah.

Kesimpulan

Kami temui bukti yang tidak mencukupi bagi menentukan dengan yakin sama ada satu laluan makan lebih baik untuk mengurangkan bilangan kematian, bilangan hari bebas ventilator, dan kesan sampingan. Tiada kajian melaporkan beberapa hari bebas ICU sehingga hari ke 28. Bilangan bukti adalah rendah dan kepastian bukti juga adalah sangat rendah, dan kami tidak yakin dengan dapatan ulasan kami.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi linoby@uitm.edu.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information