Ketoprofen oral untuk rawatan akut sakit kepala jenis ketegangan episodik dalam kalangan orang dewasa

Kesimpulannya

Ulasan ini mendapati bahawa hanya orang dengan sakit kepala jenis ketegangan dua hingga 14 kali sebulan mendapat kelegaan dari mengambil ketoprofen 25 mg. Ada persoalanan tentang cara kajian jenis sakit kepala ini ddijalankan. Persoalan ini melibatkan jenis orang yang dipilih untuk kajian, dan hasil jenis dilaporkan. Ini menghadkan kegunaan keputusan, terutamanya bagi orang-orang yang hanya mempunyai sakit kepala sekali-sekala.

Latar belakang

Orang yang sering mengalami sakit kepala jenis ketegangan episodik mempunyai 2 hingga 14 hari sakit kepala setiap bulan. Sakit kepala jenis ketegangan menghadkan orang daripada menumpukan perhatian dan berfungsi dengan sempurna, dan menyebabkan banyak kerencatan kehidupan. Apabila sakit kepala berlaku, ia menjadi lebih baik dari masa ke masa, walaupun tanpa rawatan.

Ketoprofen adalah ubat tahan sakit yang biasa digunakan, yang boleh didapati dengan preskripsi di kebanyakan tempat di dunia tetapi boleh didapati tanpa preskripsi di beberapa negara. Dos biasa adalah 25 mg atau 50 mg yang diambil melalui mulut.

Ciri-ciri kajian

Pada Mei 2016, kami mencari sastera perubatan dan menjumpai empat kajian melibatkan 1253 peserta yang mengkaji ketoprofen untuk sakit kepala jenis ketegangan episodik yang kerap. Hanya segelintir peserta telah menyertai perbandingan antara ketoprofen 25 mg dan plasebo (tablet “dummy”). Keputusan biasanya dilaporkan dua jam selepas mengambil ubat atau plasebo. Persatuan Antarabangsa Sakit Kepala mengesyorkan hasil bebas sakit dua jam selepas mengambil ubat, tetapi hasil yang lain juga disyorkan. Beberapa kajian melaporkan cadangan hasil ini, jadi maklumat adalah terhad untuk menganalisa beberapa hasil lain.

Hasil utama

Hasil dari kebebasan sakit pada dua jam telah dilaporkan dalam 27 antara 100 orang mengambil ketoprofen 25 mg, dan 16 daripada 100 orang yang mengambil plasebo, yang bererti bahawa hanya 11 antara 100 orang mendapat manfaat kerana ketoprofen 25 mg (bukti berkualiti rendah). Hasil bebas kesakitan atau hanya sakit yang ringan dalam dua jam itu dilaporkan oleh 66 daripada 100 orang yang mengambil ketoprofen 25 mg, dan 38 daripada 100 orang yang mengambil plasebo (bukti berkualiti sederhana), yang bererti bahawa hanya 28 dalam 100 orang mendapat manfaat disebabkan oleh ketoprofen 25 mg.

Kira-kira 14 dalam 100 orang yang mengambil ketoprofen 25 mg melaporkan mengalami kesan sampingan yang sama seperti dengan plasebo (7 daripada 100 orang) (bukti berkualiti rendah). Kebanyakan kesan sampingan adalah intensiti ringan atau sederhana. Tiada kesan sampingan serius.

Ketoprofen 25 mg tidak berbeza daripada parasetamol 1000 mg untuk sebarang ukuran melegakan sakit kepala (bukti berkualiti sederhana dan rendah), tetapi dikaitkan dengan lebih banyak kejadian sampingan (bukti berkualiti rendah).

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk bebas kesakitan pada dua jam adalah berkualiti rendah, dan kerana mengalami kesakitan ringan pada dua jam adalah berkualiti sederhana. Bukti berkualiti sederhana bermakna kami sangat yakin dengan keputusan tersebut. Bukti berkualiti rendah bermaksud bahawa kita tidak begitu yakin dengan hasilnya dan mereka boleh berubah dengan lebih banyak maklumat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save