Kesan latihan interaktif di kalangan penyedia penjagaan kesihatan mengenai pengurusan kecemasan yang mengancam nyawa di hospital

Apakah matlamat ulasan ini?

Kami berhasrat untuk mengetahui sama ada pekerja kesihatan yang bekerja di hospital dan menerima latihan di mana mereka boleh berinteraksi dengan bahan pembelajaran dan pekerja lain dapat memberi penjagaan kesihatan yang lebih baik semasa berada di keadaan kecemasan.

Mesej utama

Kami tidak pasti sama ada latihan interaktif untuk situasi kecemasan dapat meningkatkan penjagaan kesihatan, kerana terdapat hasil yang saling bertentangan antara kajian dan masalah dengan kaedah-kaedah kajian yang digunakan yang dapat menghasilkan keputusan yang palsu.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Pekerja penjagaan kesihatan berasaskan hospital perlu bersedia untuk bereaksi dengan sepenuhnya semasa berada di keadaan kecemasan yang mengancam nyawa orang. Terdapat banyak kursus latihan untuk ini, sebahagiannya membolehkan pekerja penjagaan kesihatan berinteraksi dengan bahan pembelajaran dan pekerja lain. Walau bagaimanapun, kami tahu jika kursus latihan ini menyediakan pekerja penjagaan kesihatan untuk memberi penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Kami mencari kajian yang menilai keberkesanan latihan interaktif berbanding dengan latihan biasa atau tiada latihan. Kami hanya melibatkan jenis kajian yang dianggap sebagai kajian yang memberi bukti kukuh, iaitu kajian rawak (di mana peserta boleh dipilih ke sama ada kumpulan latihan atau tiada/ kumpulan latihan piawai secara kebetulan). Kami mencari sebarang kesan ke atas hasil pesakit (misalnya kelangsungan hidup atau tempoh tinggal di hospital), sebarang kesan ke atas kakitangan (seperti kemahiran yang lebih baik dalam keadaan klinikal sebenar), atau perubahan dalam organisasi (contohnya penyusunan semula corak kerja). Kami tidak melihat perubahan dalam persekitaran simulasi.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami mendapati 11 kajian yang berkaitan dengan ulasan ini. Sembilan daripada ini tertumpu kepada kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir. Oleh kerana terdapat sedikit kajian dan mereka semua mengkaji kesan berlainan dari latihan kecemasan, kami tidak dapat menggabungkan hasilnya.

Kesemua kajian termasuk kelemahan dalam reka bentuk mereka yang boleh membawa kepada keputusan yang tidak tepat. Bukti kepastian untuk hasil penting kami yang memberi tumpuan kepada perubahan terhadap penjagaan / hasil pesakit adalah sangat rendah, oleh itu berdasarkan bukti yang ada, kami tidak pasti sama ada latihan pekerja kesihatan dalam pengurusan situasi kecemasan yang mengancam nyawa membuat perbezaan kepada pesakit atau organisasi. Kajian itu dibiayai oleh kerajaan, hospital tempatan, atau badan amal.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?

Kami melihat semua kajian yang mengkaji kawasan ini sehingga Mac 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI&UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com atau chanmw@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save