Kortikosteroid untuk kanak-kanak yang menghidapi artritis septik

Para penyelidik menjalankan ulasan ke atas kesan-kesan kortikosteroid yang diberi sebagai tambahan kepada antibiotik dalam kalangan kanak-kanak yang menghidapi artritis septik. Bukti dicari sehingga April 2018. Selepas mencari semua kajian yang berkaitan, pengulas-pengulas menemui dua kajian dengan 149 kanak-kanak. Kajian-kajian ini telah dijalankan dengan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan sistem imunisasi normal berumur antara tiga bulan dan 18 tahun yang tinggal di Costa Rica dan Israel. Tempoh susulan terpanjang ialah satu tahun. Penemuan pengulas diringkaskan seperti di bawah.

Apa itu artritis septik dan apakah kortikosteroid?

Artritis septik, yang lebih kerap dalam kanak-kanak, merupakan penyakit serius yang disebabkan oleh bakteria yang mengjangkiti sendi-sendi. Pesakit-pesakit lazimnya dirawat dengan antibiotik, tetapi keradangan sekunder boleh memusnahkan sendi dan boleh mengurangkan keupayaan sendi untuk berfungsi secara normal. Kortikosteroid merupakan kumpulan ubat yang mempunyai sifat-sifat anti-radang. Kortikosteroid mungkin mengurangkan kesan keradangan pada sendi-sendi.

Bagi kanak-kanak penghidap artritis septik yang mengambil antibiotik berbanding plasebo (ubatan palsu)

1. Kortikosteroid mungkin mengurangkan kesakitan dalam sendi yang terjejas pada satu tahun susulan

2. Kortikosteroid mungkin menambahbaik fungsi normal sendi-sendi yang terjejas pada satu tahun susulan

3. Kortikosteroid mungkin mengurangkan bilangan hari rawatan antibiotik intravena yang diperlukan

4. Kortikosteroid mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas kesan-kesan yang tidak diingini secara total atau yang serius

Kami tidak mempunyai maklumat mengenai kesan-kesan kortikosteroid ke atas aktiviti-aktiviti kehidupan harian.

Apakah yang terjadi ke atas kanak-kanak penghidap artritis septik yang mengambil kortikosteroid sebagai tambahan kepada antibiotik?

Ketiadaan kesakitan

1. Lebih 24 lagi dari 100 kanak-kanak mengalami ketiadaan kesakitan selepas 12 bulan dengan kortikosteroid (24% penambahbaikan absolut)

2. 96 dari 100 kanak-kanak mengalami ketiadaan kesakitan berbanding kepada 72 dari 100 kanak-kanak yang telah mengambil plasebo

Aktiviti-aktiviti kehidupan harian

Kajian-kajian yang dimasukkan tidak melaporkan hasil ini.

Fungsi sendi fizikal normal

1. Lebih 24 lagi dari 100 kanak-kanak yang telah menerima kortikosteroid mempunyai fungsi sendi yang normal selepas 12 bulan (24% penambahbaikan absolut)

2. 98 dari 100 kanak-kanak mengalami ketiadaan kesakitan berbanding kepada 74 dari 100 kanak-kanak yang telah menerima plasebo

Bilangan hari rawatan antibiotik intravena

1. Kanak-kanak yang menerima kortikosteroid berbanding dengan plasebo mempunyai 2.77 hari lebih rendah rawatan antibiotik intravena

2. Kanak-kanak yang menerima kortikosteroid mempunyai 8.09 hari rawatan antibiotik intravena

3. Kanak-kanak yang menerima plasebo mempunyai 10.86 hari rawatan antibiotik intravena

Tempoh dimasukkan ke dalam hospital

1. Kami tidak pasti samada kortikosteroid mempunyai kesan ke atas tempoh mendiami hospital kerana bukti berkualiti sangat rendah

Kejadian yang tidak diingini secara total atau yang serius

1. Tidak ada pesakit yang dirawat dengan kortikosteroid melaporkan kesan-kesan yang tidak diingini pada 12 bulan

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya, kajian-kajian ini memberikan bukti berkualiti rendah kerana bilangan peserta kajian yang kecil dan kebimbangan terhadap rekabentuk kajian. Bukti ke atas tempoh mendiami hospital adalah sangat rendah, kerana ianya tidak dilaporkan dengan jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information